Siakap Keli
sabri akui minat bundle
Gambar: Tangkap layar video

“Artis Pun Orang Biasa Juga,” Sabri Yunus Akui Minat Bundle Dari Tahun 1970-an

“Artis Pun Orang Biasa Juga,” Sabri Yunus Akui Minat Bundle Dari Tahun 1970-an

Dalam hidup ini, manusia sentiasa mempunyai pilihan dalam setiap urusan yang dihadapi dan semua keputusan terletak pada bahu sendiri, seperti mahu memakai pakaian bundle atau pakaian baharu.

Seperti pelakon tanah air, Sabri Yunus mengakui dirinya merupakan peminat bundle sejak berumur belasan tahun lagi.

Pengakuan itu dibuat susulan orang awam mempersoalkan mengenainya apabila berjumpa dengan Sabri semasa beliau membuat pembelian di sebuah kedai bundle.

Ujar Sabri, semasa beliau sedang asyik membelek baju dan menghampiri individu tersebut, dia mengambil peluang bertanya, ‘Artis pun pakai bundle juga?’

Namun bagi Sabri, pertanyaan itu sememangnya sudah biasa di dengari oleh beliau.

“Jadi saya nak cerita bahawa saya sebenarnya kenal bundle dari tahun 1970-an, awal lagi masa saya remaja lagi, belasan tahun. Ya, sampai sekarang saya masih lagi dengan bundle.

“Tambah pula bundle ini memang satu fenomena. Pakai bundle itu bukan perkara lagi perkara yang merendahkan, malah hebat pakaian bundle sekarang ini,” katanya dalam satu perkongsian video di Tiktok.

Dulu panggil baju guni

Menurut Sabri, pada zaman dahulu pakaian itu tidak dipanggil sebagai bundle, ia dipanggil sebagai ‘baju guni’ kerana ia dibungkus dalam satu guni.

“Pada ketika itu, Kelantan setiap tahun banjir dan oleh itu pakaian banjir itu dilonggok-longgokan dan ramai yang datang memilih baju tersebut,” ujar Sabri.

Tambah Sabri, beliau sudah lama berkecimpung dalam bundle ini kerana dari kecil lagi sudah di ajar dengan keseronokkan memilih baju guni.

Sabri turut menceritkan mengenai asal usul pakaian bundle dari pengetahuannya oleh kerana beliau telah didedahkan mengenai perkara itu sejak dari 1990-an lagi.

“Dulu ada satu istilah orang panggil belah guni. Suasana sangat luar biasa kerana semua menunggu pemilik kedai untuk memecahkan guni,” katanya.

Menurut Sabri, selebriti juga merupakan orang biasa, yang melakukan perkara biasa apabila tidak bekerja beraksi di hadapan kamera.

“Jadi bundle dengan saya ini telah lama. Untuk pengetahuan buat mereka yang bertanya kepada artis pakai bundle ini sangat biasa.

“Soalan ini sama seperti apabila saya pergi ke pasar, orang awam akan tanya artis pun beli sayur juga? Artis pun orang biasa juga,” tambah Sabri yang juga pelakon veteran di Malaysia.

@sabriiyunus

Satu almari pakain ambo semua beli bundle

♬ bunyi asal – Sabri Yunus – Sabri Yunus

Sumber: Sabri Yunus via Tiktok

BACA: Pelakon Sharnaaz Ahmad Didakwa Cederakan Pengawal Keselamatan

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana