Siakap Keli
road tax digital
Kredit BERNAMA

Pengguna Tak Akan Disaman Kalau Gagal Tunjuk “Road Tax” Digital – Anthony Loke

Pengguna Tak Akan Disaman Kalau Gagal Tunjuk “Road Tax” Digital – Anthony Loke

Pengguna yang gagal menunjukkan cukai jalan dan lesen digital tidak akan disaman penguatkuasa.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata bahawa perkara tersebut adalah disebabkan pihak penguatkuasa masih boleh membuat semakan butiran di dalam gajet mereka.

Menurut hantaran di Facebook rasminya, persoalan itu dijawab kerana terdapat kekeliruan berkenaan pelaksanaan perubahan terbaharu tersebut.

Antara persoalan yang diajukan kepadanya ialah berkenaan kenderaan yang dipandu tersebut bukan milik pemandu dan apakah cara untuk menunjukkan digital road tax tersebut.

Jawab Anthony, perbuatan tersebut bukanlah satu kesalahan. Kerana digital road tax tidak boleh dicetak dan disimpan dalam kereta.

“Senang sahaja, digital road tax boleh dicetak dalam kertas dan simpan dalam kereta. Namun, kalau tak dapat tunjuk bukti pun, bukan satu kesalahan. Pihak penguatkuasa akan check butiran dalam gadget mereka,” jawab Anthony.

Selain itu, antara persoalan lain yang diajukan adalah berkaitan muat turun aplikasi MyJPJ. Adakah pengguna perlu untuk memuat turut aplikasi tersebut atau tidak?

Menurut Anthony, pengguna tidak perlu untuk muat turun apliksi tersebut kerana ia adalah opsyen sahaja untuk mendapatkan salinan digital road tax dan lesen memandu.

Soalan yang seterusnya ialah berkaitan dengan warga emas yang mungkin tidak menggunakan telefon pintar untuk menunjukkan road tax digital mereka.

Perkara itu bukan diwajibkan

Jawab Anthony, perkara itu bukan diwajibkan.

“Jangan bimbang, digital format bukan diwajibkan. Masih boleh dapatkan sticker road tax dan lesen fizikal dari JPJ sekiranya perlu,” jawabnya lagi.

Sementara itu, Anthony turut memberitahu bahawa pengguna yang tidak dapat mengakses MyJPJ pada hari ini adalah disebabkan trafik yang sangat tinggi.

Dengan orang ramai yang membuat pendaftaran pada satu tempoh masa yang sama, ini akan menyebabkan sistem sedikit bermasalah.

Selain itu, Anthony berharap bahawa perubahan ini akan dipersetujui ramai dan diterima oleh semua.

“Saya sedar dalam apa sahaja proses perubahan, ia akan mengambil masa untuk disesuaikan. Ada pihak yang tidak akan setuju dengan perubahan tersebut,” tulis Anthony lagi.

“Saya menghormati semua pandangan dan cuba menguruskan perubahan sebaik mungkin. Saya bersama pasukan saya di MOT dan JPJ akan cuba memperbaiki sebarang kelemahan yang timbul dalam proses perubahan ini.” tulis Anthony di akhir hantaran tersebut.

Sumber: Anthony Loke Siew Fook via Facebook

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka