Siakap Keli
bekas atlet berbaur perkauman
Kredit, Bernama, Tangkap layar video

Video Bekas Atlet: Saya Tak Setuju, Kecam Sekeras-kerasnya Walau Dah Minta Maaf – Hannah Yeoh

Menteri Respon Video Bekas Atlet Dipercayai Berbaur Perkauman

Kementerian Belia dan Sukan mengecam sekeras-kerasnya tindakan seorang individu yang disyaki mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman mengenai pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), pada Ahad.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata beliau tidak bersetuju dengan sebarang ucapan perkauman yang dibangkitkan oleh individu yang didakwa sebagai bekas atlet negara itu.

“Saya tidak bersetuju dengan ucapan media sosial beliau dan mengecam sekeras-kerasnya sebarang ucapan perkauman dan pertikaian agama yang dibangkitkan walaupun beliau telah meminta maaf.

“Saya percaya ibadat agama tidak pernah mengganggu prestasi atlet dan sukan. Ini tidak pernah menjadi satu masalah di Malaysia,” katanya di Twitter hari ini.

Dalam pada itu, Hannah berkata beliau sudah menyemak dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan BAM, walau bagaimanapun individu tersebut hanya pelapis percubaan pada tahun 2014.

Hannah sekali lagi menegaskan mengenai pendiriannya bahawa sukan mesti bebas daripada sebarang unsur perkauman dan politik.

“Saya sudah semak dengan @MSNMALAYSIA dan @BA_Malaysia, beliau bukan lagi atlet negara dan merupakan bekas pemain pelapis percubaan BAM pada tahun 2014 (9 tahun yang lalu) dan kini tidak menetap di Malaysia.

“Saya ulangi pendirian, sukan mesti bebas daripada sebarang unsur perkauman dan politik. Semua atlet negara merupakan sumber inspirasi kepada masyarakat dan dinasihati berhati-hati dengan kandungan media sosial masing-masing,” tambah Hannah.

BACA: Polis Siasat Wanita “Up” Kenyataan Berbaur Perkauman Ketika Konsert AR Rahman

Bekas atlet dakwa kenyataan berbaur perkauman dan agama

Sebelum ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang bekas atlet yang membuat beberapa dakwaan yang dipercayai berunsur berbaur perkauman.

Menerusi platform TikTok, individu itu berkata mengenai prestasi pemain badminton negara merundum adalah disebabkan berkait dengan masalah pengurusan.

Individu tersebut turut mendakwa beberapa kenyataan yang disyaki turut menyentuh elemen perkauman dan sensitiviti agama.

Rakaman video itu kemudiannya tular dan mendapat perhatian ramai hingga ada yang meminta pihak berkuasa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Sumber: Hannah Yeoh via Twitter

BACA: “Nak Makan Mana?” 5 Benda Kecil Boleh Punca Bergaduh, No 4 Tu Paling Tak Berbaloi Tapi Ramai Boleh ‘Relate’

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana