Siakap Keli
TMJ Pengurus skuad kebangsaan
Gambar via BERNAMA, Instagram Story

TMJ Beri Bayangan, Bakal Pegang Peranan Lebih Tinggi Berbanding Pengurus Skuad Kebangsaan

TMJ Beri Bayangan, Bakal Pegang Peranan Lebih Tinggi Berbanding Pengurus Skuad Kebangsaan

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi bayangan bakal memainkan peranan lebih besar berbanding jawatan pengurus skuad kebangsaan, lapor Sinar Harian.

Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu memaklumkan perkara berkenaan menerusi hantaran muat naik di Instagram story miliknya pada malam tadi.

“Bukan seorang pengurus… Lebih daripada seorang pengurus,” tulis TMJ yang juga bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Instagram story miliknya.

Muat naik story itu turut disertakan gambar beliau bersama Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Memetik Sinar Harian pada 15 Februari lalu, TMJ dilaporkan tidak berminat untuk memegang jawatan dalam pasukan negara termasuk sebagai pengurus skuad kebangsaan.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Menurut Hamidin, Tunki Ismail telah menzahirkan hasrat baginda untuk terus membantu dalam meningkatkan mutu permainan pasukan skuad kebangsaan.

TMJ juga sebelum ini pernah meluahkan hasratnya untuk membantu skuad Harimau Malaya termasuk dalam memberikan sumbangan seperti peralatan latihan.

Bantuan itu dibuat bagi membantu skuad negara untuk menghadapi Piala Asia 2023 awal tahun hadapan.

Terdahulu, Siakap Keli pernah melaporkan berkenaan berita pelantikan Khairy Jamaluddin sebagai Ahli Lembaga Pengarah pasukan JDT.

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin secara rasminya dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Tidak hanya itu, dalam masa sama Khairy yang juga merupakan bekas Ahli Parlimen Rembau itu turut dilantik menjadi Penasihat Belia Johor.

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan perkara itu dengan membuat satu kenyataan di laman Facebook.

Difahamkan, pelantikan itu dibuat berdasarkan kredibiliti dan pengalaman Khairy dalam mengendali urusan negara.

TMJ percaya dengan pengalaman yang dimiliki oleh Khairy mampu memberikan kemajuan kepada belia dan bola sepak Johor.

“Saya telah bertemu dengan Khairy Jamaluddin dan bersetuju untuk melantik beliau sebagai Penasihat Belia Johor. Termasuk sebahagian Lembaga Pengarah Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim.

“Pengalaman luas beliau dalam pelbagai bidang di negara ini akan memberikan nilai tambah kepada pembangunan belia serta kemajuan bola sepak Johor,” katanya dalam satu kenyataan.

Sumber: Sinar Harian

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka