Siakap Keli
11 palestin sesi berbalas tembakan tebing barat
Kredit: AFP

11 Warga Palestin Terbunuh Di Tebing Barat

11 Warga Palestin Terbunuh Di Tebing Barat

Sekurang-kurangnya 11 warga Palestin terbunuh dan lebih 100 lagi cedera dalam insiden berbalas tembakan antara pasukan keselamatan Israel menentang kumpulan bersenjata Palestin di Tebing Barat, Rabu lalu.

Menurut laporan The New York Times, pertempuran tersebut meletus ketika satu operasi dijalankan oleh Israel di kawasan tersebut.

Jurucakap Tentera Israel, Lt. Kol. Richard Hecht berkata, insiden berdarah yang berlaku pada Rabu lalu bermula apabila beberapa pasukannya memasuki Nablus untuk menahan beberapa ahli kumpulan Arin al Usud.

Pasukan bersenjata Palestin memaklumkan enam yang terbunuh merupakan anggotanya manakala selebihnya merupakan orang awam.

Dalam sebuah rakaman CCTV yang menjadi tular di media sosial menunjukkan dua orang warga Palestin yang tidak bersenjata ditembak ketika mereka cuba menyelamatkan diri.

Kekacauan yang meletus pada Rabu itu merupakan antara insiden yang paling banyak meragut nyawa dalam beberapa tahun.

Pasukan keselamatan Israel mengaku menembak mati tiga anggota pasukan bersenjata Palestin dan menembak seorang lagi. Mereka juga mendakwa akan menyiasat laporan orang awam tidak bersenjata turut ditembak.

Kedua-dua pihak memulakan serangan udara selepas insiden berbalas tembakan

Pada awal Khamis semalam, pasukan bersenjata dari Gaza telah menembak enam roket ke ruang udara Israil. Lima daripadanya berjaya dipintas peluru berpandu milik Israel.

Manakala, sebuah roket lagi telah mendarat pada kawasan terbuka, menurut sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak tentera Israel. Tiada kerosakan dilaporkan akibat insiden tersbeut.

Kemudian, pesawat juang Israel membuat serangan terhadap dua kemudahan ketenteraan Palestin di Gaza, lapor media Palestin. Akhbar tempatan juga melaporkan tiada kematian direkodkan.

Kematian yang Rabu lalu telah mejadikan angka kematian penduduk Palestin yang terbunuh di Tebing Barat meningkat kepada 60 orang sejak Tahun Baru.

Kebanyakannya terbunuh semasa insiden tembak menembak semasa operasi tentera Israel untuk menangkap pasukan bersenjata Palestin.

Pihak berkuasa Palestin berkata, ini merupakan permulaan tahun paling berdarah bagi penduduk yang menetap di Tebing Barat sejak 2000.

Mereka membandingkan insiden tersebut dengan insiden kebangkitan Palestin yang dikenali sebagai Intifada Kedua. Peristiwa tersebut menyebabkan kira-kira 3,000 rakyat Palestin dan 1,000 warga Israel mati pada September 2000.

Di pihak Israel, sekurang-kurangnya 11 warganya terbunuh sejak permulaan tahun ini. Angka ini termasuklah tujuh penduduk Israel yang terkorban dalam sesi tembakan besar-besaran pada 27 Januari di timur Baitulmaqdis.

Kejadian tersebut disifatkan serangan paling berbahaya sejak 2008.

BACA: Gempa Bumi Kuat Landa Utara Halmahera, Indonesia Pagi Tadi

Sumber: The New York Times

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma