Siakap Keli
amaran banjir rompin
Kredit: Bernama

Amaran Banjir Di Rompin Mulai Esok

Amaran Banjir Di Rompin Mulai Esok

KUANTAN, 28 Feb (Bernama) — Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran ramalan banjir di beberapa kawasan dalam daerah Rompin yang dijangka berlaku esok.

Berdasarkan kenyataan hari ini, banjir diramal berlaku jika hujan yang signifikan terus berlaku di Felda Selancar dan kawasan sekitarnya bermula 6 pagi esok disusuli di jambatan Kampung Kedaik serta kawasan sekitarnya dua jam kemudian.

Kawasan lain ialah Kampung Buluh Nipis dan Kampung Rekoh Baru serta kawasan sekitarnya, dengan jangkaan air mulai naik masing-masing pada 6 petang dan 8 malam.

Kawasan Sungai Anak Endau di Rumah Pam Setajam pula dijangka mengalami banjir bermula 8 pagi, Khamis ini.

Semua kawasan banjir ini merupakan kawasan berhampiran Sungai Pukin, Sungai Gayung, Sungai Jeram, Sungai Keratong dan Sungai Anak Endau.

“Banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa yang dijangkakan.

“Amaran ini dikeluarkan bagi membolehkan penduduk berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi pengurusan bencana banjir,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai boleh melayari laman web https://publicinfobanjir.water.gov.my atau Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir untuk maklumat lanjut mengenai banjir.

BACA: JBPM Perlis Nasihat Orang Awam Elak Buat Pembakaran Terbuka

Sumber: Bernama

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma