Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hujan Sangat Lebat Berterusan Di Pahang, Johor Hingga Esok

Syed Faisal Sayed Muhammad
Hujan sangat lebat pahang johor
Gambar: NU Online Jabar

Hujan Sangat Lebat Berterusan Di Pahang, Johor Hingga Esok

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) — Hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya diramal melanda Pahang dan Johor sehingga esok.

Menurut amaran Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang dikeluarkan pada 8.55 pagi ini kawasan terlibat di Pahang ialah Rompin manakala di Johor membabitkan Segamat, Kluang serta Mersing.

Selain itu, hujan berterusan tahap buruk juga diramalkan berlaku hingga esok di Pekan, Pahang dan beberapa kawasan di Johor meliputi Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Hujan berterusan tahap waspada pula diramalkan berlaku hingga esok di tiga negeri melibatkan Pahang (Maran, Kuantan dan Bera), Negeri Sembilan (Jempol dan Tampin) serta Melaka.

Sementara itu, amaran waspada juga dijangka di beberapa daerah di Sarawak iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), hari ini.

Sumber: BERNAMA