Siakap Keli
liverpool & man united bermusuh
Gambar: PAUL ELLIS/AFP & ADRIAN DENNIS/AFP

 Seteru Tradisi, Ini Sebab Liverpool & Man United Bermusuh

 Seteru Tradisi, Ini Sebab Liverpool & Man United Bermusuh

Bagi penyokong dan peminat bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) pastinya sudah mengetahui perlawanan pada malam ini bakal menjadi topik hangat khususnya kepada penyokong kedua-dua kelab tersebut.

Menjelang jam 12.30 waktu Malaysia malam nanti, Manchester United bakal bertandang ke gelanggang Anfield untuk menentang Liverpool. Kedua-dua pasukan ini terkenal sebagai musuh tradisi.

Liverpool & Man United Bermusuh

Pastinya juga kedua-dua kelab ini mempunyai pelbagai kisah disebalik pertembungan mereka.

Bekas pemain Manchester United, Wayne Rooney turut menyifatkan perlawanan antara The Red Devils dan The Reds masih menjadi Big Match dalam perlawanan EPL.

“Walaupun City dalam beberapa tahun ini telah mencapai fasa-fasa kejayaan. Namun, saya mungkin mengatakan bahawa United dan Liverpool masih perlawanan terbesar,” katanya menerusi Daily Mirror.

Tambahan lagi, penyokong kedua-dua pasukan juga dipercayai ‘bermusuhan’ antara satu sama lain sejak abad ke-19 walaupun tidak melibatkan unsur bola sepak.

Lanjutan itu, mari kita lihat sepintas lalu latar belakang kedua-dua pasukan.

Persaingan Antara United dan Liverpool

liverpool Manchester united
Gambar: Facebook Liverpool FC

Sejak zaman Revolusi Perindustrian Awal pada abad ke-19, kedua-dua lokasi ini bersaing dari segi ekonomi yang berkembang maju. Manchester dikenali sebagai “Cottonopolis” kerana mempunyai banyak kilang tekstil.

Manakala Liverpool pula memanfaatkan pelabuhan sebagai sumber ekonomi mereka dengan aliran keluar masuk doknya.

Untuk pengetahuan, Liverpool merupakan kuasa besar bola sepak Eropah pada era 70-an dan 80-an. Hal ini terbukti dengan 11 kejuaraan liga dan empat Piala Eropah dari 1972 hingga 1990.

Bagaimanapun, penguasaan Liverpool sebagai kuasa besar bola sepak England semakin pudar dengan United mula mendominasi pada awal 1990-an.

BACA JUGA: Arsenal Intai Peluang ‘Sambar’ Marcus Rashford

Jika melihat kepada jumlah trofi yang berjaya dikumpulkan oleh kedua-dua pasukan sudah jelas bahawa mereka adalah kelab terhebat dalam bola sepak Inggeris. Kedua-dua pasukan telah mengumpul 121 trofi utama.

Antara perlawanan paling diingati sepanjang pertembungan kedua-dua pasukan adalah pada Final Piala FA 1977. Liverpool pada ketika itu telah bergelar juara Liga dan sedang memburu kejuaraan treble.

Bagaimanapun, perkara itu dinafikan oleh United dengan mengalahkan musuh mereka pada perlawanan akhir dengan keputusan sengit 2-1.

Sehingga musim 2010-2011, United telah mendapatkan kejuaraan liga ke-19 mereka. Rekod tersebut telah memintas Liverpool dengan 18 kejuaraan liga.

Keganasan Peminat

Sejak dahulu lagi, kita telah melihat pelbagai insiden yang melibatkan rusuhan dan ketidakpuasan hati peminat dalam arena bola sepak. Perkara ini juga tidak terlepas kepada kedua kelab tersebut.

Antara insiden itu termasuklah seorang peminat Liverpool meludah ke arah pemain United, Eric Cantona selepas menjaringkan gol pada perlawanan akhir Piala FA 1996.

Selain itu, Jurulatih United pada ketika itu, Sir Alex Ferguson juga diasak oleh seorang penyokong yang cuba menumbuknya.

Lebih teruk lagi, penyokong tuan rumah turut tidak dibenarkan berada pada hujung tempat lawan di Anfield selepas sebiji telur dibaling ke arah Ferguson pada era 90-an.

Perkembangan Semasa Pasukan

Pada jendela musim panas lalu turut menjadi topik perbualan antara kedua-dua pasukan apabila United cuba mengintai beberapa pemain di posisi penyerang. Bagaimanapun, sasaran tersebut berjaya dirampas oleh Liverpool.

Bagi The Red Devils, mereka mula mempamerkan peningkatan kualiti permainan di bawah pengendali baharu, Erik Ten Hag yang mengambil tanggungjawab pada awal musim ini.

liverpool Manchester united
Gambar: Facebook Manchester United

Perkara itu jelas ditampilkan, dengan berjaya menewaskan kelab gergasi Sepanyol, Barcelona dalam perlawanan kedua Liga Europa (agregat 4-3) di Old Trafford.

BACA JUGA: Firmino Bakal Tinggalkan Liverpool Hujung Musim Ini

Tambahan lagi United berjaya memenangi Piala Carabao dengan menewaskan Newcastle United 2-0 baru-baru ini. Kelab tersebut sebelum ini telah kemarau trofi selepas hampir enam tahun.

Sementara Liverpool pula menunjukkan prestasi yang tidak menentu pada musim ini sejak berada pada prestasi terbaik beberapa tahun lepas termasuk menjuarai Piala Juara-Juara pada 2019.

Pasukan itu turut tewas kepada United 2-1 pada Ogos lalu dalam perlawanan liga.

Dalam lima rekod terakhir perlawanan antara kedua-dua pasukan, Liverpool berjaya memenangi tiga perlawanan manakala Manchester United pula hanya menang dua perlawanan.

Pertembungan pada malam ini di Anfield, sudah tentu menjadi topik hangat di seluruh dunia. Dengan persoalan siapakah yang bakal memenangi perlawanan ataupun berakhir dengan keputusan seri.

Kedua-dua pasukan juga sedang berada dalam prestasi yang terbaik dengan United berjaya memenangi empat perlawanan dan satu seri dalam lima perlawanan terakhir mereka. Manakala The Reds pula berjaya menang tiga perlawanan, satu seri dan satu kalah dalam lima perlawanan terakhir.

Sumber: Bleacher Report, The Mirror

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?