Siakap Keli
kekalahan terburuk manchester united
Gambar: OLI SCARFF/AFP & PAUL ELLIS/AFP

Ini Lima Rekod Kekalahan Terburuk Manchester United Dalam EPL

Ini Lima Rekod Kekalahan Terburuk Manchester United Dalam EPL

Seperti yang diketahui, Liga Perdana Inggeris (EPL) merupakan liga bola sepak yang berpangkalan di England. Ia merupakan liga nombor satu di dunia dan sentiasa menjadi pilihan penonton di seluruh dunia.

Dalam liga domestik Inggeris ini, terdapat pelbagai pasukan ternama seperti Chelsea, Liverpool, Arsenal, dan Manchester United. Seperti yang diketahui, Manchester United merupakan antara pasukan yang menjadi pilihan ramai.

Sepanjang United bermain dalam liga, kita dapat menyaksikan pelbagai kejayaan yang diraih The Red Devil seperti kejuaraan liga, Piala FA, Piala Caraboa, Piala Liga Juara-Juara (UCL) dan banyak lagi.

Namun, bekas juara 13 kali EPL itu juga pernah beberapa kali dimalukan oleh kelab di liga domestik England itu termasuklah kekalahan terbaru menentang Liverpool pada awal pagi tadi.

Kekalahan 0-7 ke atas tangan seteru utama mereka tersebut menjadi rekod terburuk United sepanjang penyertaan di Liga Perdana Inggeris.

Berikut merupakan lima kekalahan terbesar yang pernah dialami oleh United dalam Liga Perdana Inggeris.

1. Liverpool 7-0 Manchester United (2022/23)

Gambar: Liverpool FC

Dalam perlawanan ke-25 liga, United turun di gelanggang Anfield untuk menentang rival mereka iaitu Liverpool. Apa yang mengejutkan, United diaibkan oleh The Reds di gelanggang lawan dengan kekalahan terbesar 0-7.

Kekalahan ini merupakan rekod terburuk United sejak 1931.

BACA JUGA: Haaland Lebur Rekod Gol Liga Perdana Manchester City

Dalam perlawanan ini, Liverpool dan United saling mengasak ke kubu lawan untuk mencari gol. Bagaimanapun, Cody Gakpo berjaya menemui sentuhan gol pertama The Reds pada minit ke-43 sebelum tamat babak pertama.

Masuk sahaja separuh masa kedua, United seakan hilang arah apabila melepaskan dua gol awal pada lima minit pertama menerusi Darwin Nunez (minit 47) dan Gakpo (minit 50).

Pertahanan United terus rapuh dengan melepaskan dua lagi gol menerusi penyerang dari Mesir Mohamed Salah pada minit ke-66 dan ke-83.

Nunez juga turut mencetak gol kedua dalam perlawanan itu pada minit ke-75 sebelum pemain gantian Roberto Firmino mencipta mimpi ngeri baharu buat The Red Devil dengan gol ketujuh pada penghujung babak perlawanan (minit ke-88).

2.Manchester United 1-6 Manchester City

Gambar: ANDREW YATES/AFP

Pada 23 Oktober 2011, United tumbang kepada jiran mereka di Old Trafford dengan skor 1-6. Dalam Derby Manchester itu, Mario Balotelli memulakan pesta gol Citizens pada minit ke-22 separuh masa pertama.

Kembali separuh masa kedua, City sekali lagi meledak menerusi Balotelli pada minit ke-60 sebelum penyerang Sergio Aguero meletakkan United ketinggalan 0-3 pada minit ke-69 di laman sendiri.

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

Tersentak dengan tiga gol lawan, United berjaya menjaringkan gol tunggal mereka menerusi Darren Fletcher.

Bagaimanapun, dua gol Edin Dzeko (minit ke-90 dan ke-93) dan satu gol David Silva (minit ke-91) sudah cukup membuatkan United menderita.

Rekod tersebut merupakan kekalahan terburuk mereka di Old Trafford sejak tahun 1955.

3.Newcastle United 5-0 Manchester United

Kekalahan terburuk Manchester United seterusnya adalah ketika berkunjung ke Stadium James’ Park pada 20 Oktober 1996.

Ketika itu, United mengalami kekalahan 0-5 terhadap Newcastle United. Pasukan tuan rumah berjaya membalas dendam terhadap anak didik Sir Alex Ferguson ketika itu selepas mereka dimalukan 4-0 oleh United dalam Piala Community Shield.

Antara nama yang mencatatkan selaku penjaring gol Newcastle termasuklah Darren Peacock, David Ginola, Les Ferdinand dan Alan Shearer.

Manakala gol cantik Philip Albert berjaya ‘melemaskan’ penjaga gawang United, Peter Schmeichel dengan satu cip pada minit ke-83 sebelum tamat perlawanan.

4. Chelsea 5-0 Manchester United 

Selepas 29 perlawanan tanpa kalah, rekod cemerlang United akhirnya lebur di tangan Chelsea selepas tewas 0-5 di Stamford Bridge pada 3 Oktober 1999.

The Blues mendahului United hasil kesilapan penjaga gol mereka Massimo Taibi dengan Gustavo Poye menanduk masuk gol pendahuluan seminit sebelum tamat babak pertama.

Permainan semakin didominasi tuan rumah apabila Chris Sutton dan Poyet sekali lagi menjadikan kedudukan 3-0 buat Chelsea.

Mimpi buruk United diteruskan lagi apabila Henning Berg tertampan gol ke gawang sendiri. Perkara itu menjadikan Chelsea selesa dengan gol keempat.

BACA JUGA: Manchester United Terus Kebal, Tumpaskan Leicester 3-0

Jody Morris melengkapkan detik manis itu dengan menyumbat gol kelima tuan rumah. Kekalahan dengan skor 0-5 itu merupakan kekalahan kedua dalam sejarah The Red Devil selepas Newcastle United.

5. Southampton 6-3 Manchester United

Pada 26 Oktober 1996 di Stadium The Dell, gergasi merah EPL itu berjaya ditundukkan oleh pasukan Southampton.

Pelawat dibolosi gol pertama menerusi gol Eyal Berkovic pada minit ke-6 sebelum insiden Roy Keane dibuang padang akibat kad merah pada minit ke-20.

Selepas United bermain dengan 10 orang pemain, Matthew Le Tissier menambah derita United dengan gol kedua.

Bagaimanapun, David Beckham kembali merapatkan defisit gol pada minit-41 dengan skor 2-1.

Pemain tuan rumah, Egil Ostenstad berjaya mencetak dua gol ke gawang United dan Berkovic sekali lagi mencetak gol. Gol keenam tuan rumah muncul menerusi gol sendiri United oleh Phil Neville.

Sementara itu, Paul Scholes dan David May masing-masing berjaya menyumbang satu gol untuk pelawat. Perlawanan tamat dengan keputusan Manchester United tewas 3-6 kepada Southampton.

Sumber: ESPN, Premier League, Bleacher Report

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?