Siakap Keli
Apa Itu Eye Floaters
Gambar: HaloDoc

Nampak Bergerak Dalam Mata, Ketahui Apa Itu “Eye Floaters” & Puncanya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Nampak Bergerak Dalam Mata, Ketahui Apa Itu “Eye Floaters” & Puncanya

Setiap manusia telah dianugerahkan akal fikiran dan tubuh badan yang sempurna. Sebagai contoh, setiap anggota badan membolehkan manusia menjalani kehidupan harian seperti normal.

Ia berfungsi dan memainkan peranan penting misalnya lima pancaindera iaitu kebolehan menghidu, menyentuh, mendengar, merasa dan termasuklah melihat.

Seperti yang diketahui, mata dapat memberikan gambaran kepada kita untuk melihat indahnya ciptaan Sang Pencipta. Tanpanya, dunia seperti hilang cahaya (buta).

Bagaimanapun, ia juga mudah terdedah dengan penyakit atau jangkitan seiring peredaran waktu. Oleh itu, ia perlu dijaga sehabis baik kerana tiada gantinya.

Antara masalah yang sering kita dengar tentang mata adalah rabun, ketumbit, silau dan sebagainya. Namun, pernahkan anda mendengar mengenai Eye Floaters?

Menurut Hello Doktor, Eye Floaters berlaku apabila pandangan mata sering berbintik-bintik hitam atau bayang-bayang kecil muncul terutamanya selepas melihat langit.

Ia juga berkemungkinan terjadi sewaktu mata anda melihat sesuatu yang cerah atau latar belakang warna yang kosong. Sebagai contoh dinding putih.

Bentuknya dapat dilihat secara rawak sama ada berbintik, bergaris atau berbentuk seperti sarang labah-labah.

Bagi mereka yang masih tertanya-tanya apa itu Eye Floaters dan punca ia berlaku, mari kita ikuti perkongsian pakar Optometris @AmiraRaup di Twitter.

Apa itu Eye Floaters?

Eye Floaters?

Adakah anda mengalami keadaan seperti ini?

Pertama, anda melihat bentuk yang kelihatan seperti titik hitam atau kelabu, sarang labah-labah, garisan berlekuk atau benang. Kedua, bentuknya hilang apabila anda cuba melihatnya secara langsung.

BACA JUGA: “Eiiii, Mesti Kau Ada Intai Sesiapa,” Ketahui Punca Ketumbit Naik Kat Mata & Cara Atasi

Seterusnya, bentuk-bentuk itu kelihatan bergerak-gerak.

Keempat, anda biasanya boleh melihat floaters dengan lebih jelas apabila melihat permukaan kosong atau terang, seperti dinding kosong.

Punca berlaku Eye Floater

Ada beberapa punca berlakunya floater seperti yang di tunjukkan di dalam rajah di bawah .

Antara punca berlakunya Eye Floater termasuklah peningkatan usia, penyakit kencing manis (diabetes), retina terkoyak, keradangan mata, pendarahan dalam mata, atau trauma dan kecederaan pada mata.

Floaters adalah tanda awal beberapa jenis penyakit kronik mata seperti koyakan retina @ radang pada mata. Jika anda merasakan kehadiran floaters itu semakin mengganggu penglihatan. 

Dapatkan saringan awal dari mana-mana praktis optom mahupun klinik pakar mata.

Sumber: Twitter @AmiraRaup

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?