Siakap Keli
bubu naga port dickson
Kredit: BERNAMA

Maritim Rampas 16 Bubu Naga Di Pulau Perjudi, Port Dickson

Maritim Rampas 16 Bubu Naga Di Pulau Perjudi, Port Dickson

SEREMBAN, 20 Mac (Bernama) — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka dan Negeri Sembilan merampas 16 unit bubu naga di perairan Pulau Perjudi, Port Dickson, hari ini.

Pengarahnya, Kepten Maritim Iskandar Ishak berkata aset Maritim telah menemui dan merampas 16 unit bubu naga, dua pemberat dan sauh di kedudukan 0.1 batu nautika barat daya Pulau Perjudi, pada jam11.15 pagi.

“Ini merupakan rampasan keempat bagi tahun ini, lebih kurang 270 unit bubu naga telah dirampas dan dimusnahkan oleh Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan bagi tahun 2022 dan 2023.

“Penggunaan bubu naga telah diharamkan penggunaannya oleh Jabatan Perikanan sejak November 2018 kerana boleh menjejaskan pertumbuhan hasil laut dan memusnahkan benih serta ikan kecil yang akan terperangkap dalam bubu naga ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Orang ramai dan komuniti maritim yang mempunyai maklumat berkaitan salah laku dan kecemasan di laut boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Melaka dan Negeri Sembilan di talian 06-3876730 dan MERS 999 yang beroperasi secara 24 jam bagi tindakan segera.

BACA: Tempat ‘Favourite’ Mak-mak Beli Perabot, CEO Jawab Kenapa Jenama Terkenal Courts Mammoth Tukar Nama Jadi COURTS Malaysia

Maritim Malaysia tahan tiga kru warga tempatan, rampas 136 set bubu naga

Tahun lepas, media melaporkan Maritim Malaysia Negeri Perak menahan tiga kru warga tempatan dan merampas 136 set bubu naga di kedudukan 2.0 batu nautika barat laut Pulau Talang.

Pengarah Maritim Negeri Perak Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata bot peronda Maritim Malaysia yang melakukan rondaan Op Pintas, berjaya mengesan sebuah sampan gentian kaca tanpa nombor pendaftaran di lokasi berkenaan kira-kira pukul 4.40 pagi.

“Setelah anggota bot peronda bertindak merapat dan melakukan pemeriksaan, didapati sampan tersebut menggunakan bubu naga sebagai peralatan menangkap ikan.

“Seramai tiga kru warga tempatan berumur lingkungan 20 hingga 25 tahun telah ditahan bersama hasil tangkapan dianggarkan 10 kilogram (kg) juga telah dirampas,” katanya.

Beliau berkata kesemua kru berkenaan kini ditahan dan boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3) Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan dengan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan.

Sumber: BERNAMA

BACA: APMM Tahan Empat Nelayan, Rampas 20 Set Bubu Naga

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana