Siakap Keli
Paul Grant Meninggal Dunia
Gambar: Facebook

Pelakon Star Wars & Harry Potter, Paul Grant Meninggal Dunia

Pelakon Star Wars & Harry Potter, Paul Grant Meninggal Dunia

LONDON  — Pelakon filem Star Wars dan Harry Potter, Paul Grant dilaporkan meninggal dunia pada usia 56 tahun, lapor The Guardian.

Difahamkan, beliau ditemui rebah berhampiran luar stesen kereta api, King’s Cross di utara London pada petang 16 Mac sebelum disahkan meninggal dunia pada Isnin.

Jurucakap perkhidmatan ambulans London, memaklumkan bahawa pihaknya telah menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 2.08 petang.

“Bertindak atas maklumat, anggota penyelamat dan seorang doktor telah dikerahkan ke lokasi kejadian. Sejurus tiba, pelakon itu ditemui di tempat kejadian.

“Grant segera dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.

Hasil pemeriksaan mendapati, Grant disahkan meninggal dunia pada jam 3.49 pagi Isnin selepas mengalami kegagalan otak ketika rebah di lokasi kejadian.

Sementara itu, anak perempuannya, Sophie Jayne Grant turut mengesahkan kematian pelakon itu kepada Sky News.

“Saya sangat sedih. Dia sangat popular dan disayangi oleh peminatnya,” katanya.

Selain itu, teman wanitanya, Maria Dwyer turut memberikan penghormatan kepada teman lelakinya itu.

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

“Paul merupakan cinta dan pelengkap dalam hidup saya. Dia merupakan lelaki yang paling kelakar pernah saya kenal. Pertemuan saya dengannya membuatkan hidup saya sempurna.

“Pemergiannya nyata membuatkan hidup ini tidak sama,” kata Maria.

Mendiang meninggalkan dua orang anak perempuan, seorang anak lelaki dan anak tiri serta cucu.

Penglibatan Paul Grant  Dalam Bidang Lakonan

Untuk makluman, Grant membawa watak sebagai “Ewok” dalam Return of the Jedi dan goblin dalam Harry Potter and the Philosopher’s Stone.

Selain itu, pelakon itu juga pernah warnai filem Labyrinth sebagai pelagak ngeri (stuntman). Bukan sahaja itu, Grant turut terlibat dalam pembikinan filem hebat seperti Legend 1985, dan filem Willow 1988.

Sumbeer: The Guardian

BACA JUGA: Rebah Di Atas Pentas, Rapper Afrika Costa Titch Meninggal Dunia

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?