Siakap Keli
earphone kereta api
Kredit: Sinar Harian

Turun Landasan Ambil Earphone Punca LRT Tergendala 3 Minit

Turun Landasan Ambil Earphone Punca LRT Tergendala 3 Minit

Tindakan seorang lelaki yang turun ke landasan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Paramount untuk mengambil fon telinga (earphone) telah menyebabkan tren tergendala tiga minit.

Demikian kes mengenai seorang lelaki warganegara tempatan yang menceroboh landasan stesen berkenaan dalam kejadian kira-kira pukul 9.28 pagi kelmarin sebelum ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan tangkapannya oleh Polis Bantuan Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).

“Kejadian berlaku lebih kurang 8.09 pagi, penggera landasan telah berbunyi dan didapati seorang lelaki warga tempatan telah berada di landasan platform 1 (nortbound) sedang mengambil earphone dan menyebabkan tren tergendala selama tiga minit,” katanya pada Selasa.

Lelaki terbabit kemudiannya ditahan atas kesalahan menceroboh landasan kereta api.

Tambah beliau, suspek yang ditahan dituduh di bawah Seksyen 62 Akta Keretapi 1991 di Mahkamah Petaling Jaya pada Selasa.

“Orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang dan tidak melakukan sesuatu perbuatan jenayah,” tegasnya.

BACA: Sebar Gambar & Ceroboh Privasi Orang? Jaga-jaga, Anda Boleh Dikenakan Dua Akta Ini

 

Kredit: Polis Daerah Petaling Jaya/Facebook
Polis Daerah Petaling Jaya/Facebook

Polis tahan lelaki ceroboh, buat khianat di tanah perkuburan

Tahun lepas, media melaporkan polis telah menahan seorang lelaki kerana disyaki menceroboh dan melakukan khianat di kawasan tanah perkuburan di Kampung Jawa, Semanggol.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Mazuki Mat berkata lelaki berumur 36 tahun itu ditahan hasil maklumat awam kira-kira pukul 9 pagi pada 9 Jun 2022.

“Berdasarkan rakaman video berdurasi 1 minit 21 saat itu yang dimuat naik dalam media sosial pada 8 Jun, seorang lelaki bertindak di luar kawalan dengan menceroboh dan melakukan khianat di sekitar kawasan perkuburan terbabit,” katanya.

Mazuki berkata hasil siasatan dan semakan video itu mendapati, suspek tinggal berdekatan di kawasan itu.

“Polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 297 Kanun Keseksaan. Motif kejadian masih disiasat,” katanya ketika itu.

Sumber: Polis Daerah Petaling Jaya/Facebook

BACA: Tempat ‘Favourite’ Mak-mak Beli Perabot, CEO Jawab Kenapa Jenama Terkenal Courts Mammoth Tukar Nama Jadi COURTS Malaysia

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana