Siakap Keli
kerajaan kwsp
Gambar: Twitter Rafizi

Rafizi: Ini 4 Sebab Kenapa Kerajaan Tak Benar Keluar KWSP

Baru-baru ini, topik berkaitan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hangat diperkatakan oleh beberapa pihak terutamanya Ahli Parlimen Pembangkang yang mahu usul itu dibenarkan oleh kerajaan.

Persidangan Dewan Rakyat hari ini menjadi kecoh selepas pembangkang tidak berpuas hati apabila permintaan untuk membahaskan isu pengeluaran KWSP bersasar ditolak dan bertindak untuk keluar dewan.

Oleh hal yang demikian, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menggariskan beberapa perkara berhubung sebab kerajaan tidak benarkan pencarum KWSP mengeluarkan wang dari akaun tersebut.

Terdapat empat perkara yang menjadi sebab kenapa kerajaan tidak benarkan pengeluaran KWSP secara bersasar.

Dalam satu perkongsian video di Twitter, Rafizi berkata usul ini (pada asalnya) boleh dilihat sebagai salah satu program atau inisiatif daripada kerajaan.

Bagaimanapun ia tidak melibatkan wang atau usaha kerajaan, tetapi sebaliknya akan mengurangkan simpanan hari tua rakyat sendiri.

BACA: Perjuangkan Pengeluaran Khas KWSP, Lelaki Nekad Jalan 340km Dari JB Ke Istana Negara

4 sebab kerajaan tidak benarkan pengeluaran KWSP

Kredit: @rafiziramli/Twitter

Sebab yang pertama, KWSP secara asasnya dibuat untuk pencarum mempunyai simpanan apabila usia telah meningkat.

“KWSP diwujudkan untuk memastikan pekerja-pekerja dan rakyat Malaysia mempunyai simpanan di hari tua.

“Ada yang kata kita mungkin mati esok, kalau pun (ditakdirkan) mati esok, simpanan dan caruman dalam KWSP itu akan pergi ke waris-waris,” katanya menjelaskan sebab yang kedua.

Ujar Rafizi, apabila dana akaun itu menyusut, ia akan menghadkan keupayaan untuk KWSP dalam mempelbagaikan dan mengukuhkan strategi pelaburan untuk keuntungan lebih baik.

Itu merupakan sebab yang ketiga kerajaan tidak membenarkan pengeluaran KWSP secara bersasar.

“Ini akan ada kesan kepada pencarum-pencarum lain walaupun mereka tidak mengeluarkan caruman.

“Jika pulangan KWSP secara keseluruhannya rendah, maka pencarum lain pun turut menanggung kesan itu,” jelasnya atas sebab yang kempat.

BACA: Ahli Parlimen Pembangkang Keluar Dewan Rakyat, Protes Tidak Bahas Isu KWSP

Kerajaan tambah lagi caruman

Oleh hal yang demikian, kerajaan sebaliknya menambah lagi caruman dan simpanan di hari tua kepada pencarum.

Kata Rafizi dan bukannya membenarkan pengeluaran seperti yang dituntut segelintir pencarum.

“Kerajaan ada tanggungjawab untuk melindungi rakyat.

“Terutamanya golongan yang berisiko seperti pencarum KWSP yang tidak mempunyai simpanan mencukupi untuk hari tua.

“Maka sebab itu kita pilih jalan yang memberi kebaikan kepada semua bukan memilih jalan singkat yang akan meninggalkan masalah kepada pemimpin lain pada masa hadapan untuk diselesaikan,” jelas Rafizi.

Sumber: Rafizi Ramli/Twitter

BACA: Tempat ‘Favourite’ Mak-mak Beli Perabot, CEO Jawab Kenapa Jenama Terkenal Courts Mammoth Tukar Nama Jadi COURTS Malaysia

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana