Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amir Raja Lawak Perjelas Isu Infaq Selepas Dituduh ‘Kutip’ Duit Orang Untuk Sumbangan Sendiri

amir raja lawak infaq
Kredit: Instagram Amir Raja Lawak

Amir Raja Lawak Perjelas Isu Infaq Selepas Dituduh ‘Kutip’ Duit Orang Untuk Sumbangan Sendiri

Gara-gara dituduh mengambil wang orang lain untuk sumbangan infaq, pelawak Amir Raja Lawak tampil memberi penjelasan mengenai program air jagung yang dilakukannya pada bulan Ramadan ini.

Warga maya tersebut meninggalkan komen memarahi pelakon berusia 33 tahun itu dengan mengatakan jika mahu melakukan infaq, perlu dilakukan sendiri dan bukannya meminta sumbangan daripada orang ramai.

Kredit: FB Air Jagung Amirreka HQ

“Nak infaq…infaqlah sendiri…jangan pula kutip duit orang,” kata warga maya itu dalam hantaran di Facebook Air Jagung Amirreka.

Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi kemudiannya menjelaskan bahawa tiada sebarang paksaan dilakukan terhadap orang ramai untuk sertai program yang dilaksanakan.

Dia memaklumkan kebanyakan orang ramai menderma dengan rela hati.

Kredit: FB Air Jagung Amirreka HQ

“Saya tidak paksa pun. Saya tanya je sebab selalu ada yang nak infaq.

“Ini lepas saya beritahu di sini (Facebook) pun Alhamdulillah ada orang mesej nak infaq.

“Mereka yang join ini pun infaq sendiri tetapi saya wakilkan,” jelas Amir.

Amir turut meminta maaf kepada umum sekiranya hantaran di Facebook itu mengelirukan orang ramai berhubung program infaq air jagung miliknya.

Pelawak berusia 33 tahun itu berkata dia terpaksa menjelaskan perkara tersebut supaya ramai yang tahu dan tidak salah erti mengenai niat baiknya.

BACA: ‘Bayarlah Zakat, Nanti Rasa Sendiri Dia Punya Vibes Tu’ – Amir Raja Lawak

Amir turut lakukan infaq sekali

Dalam pada itu, Amir mengatakan dirinya juga melakukan melakukan sumbang infaq tersebut.

“Saya minta maaf kalau ada yang berfikiran macam ini.

“Terpaksalah saya beritahu, sebenarnya ada jugalah saya masuk join sekali untuk pihak diri saya ini. Harap jelas,” katanya.

Amir berkata demikian dalam satu hantaran di laman Instagram bersama tangkap layar komen tersebut pada Rabu.

Terdahulu, Amir dalam satu hantaran di Facebook mengajak orang ramai untuk melakukan sumbangan infaq air jagung untuk orang yang berbuka puasa di masjid.

Katanya, tiada jumlah yang ditetapkan untuk penderma menyumbang dan dia juga akan campurkan dengan wangnya sekali.

Sumber: Amirrajalawak/Instagram