Siakap Keli
Jung Chae Yul Meninggal Dunia
Gambar: Instagram Jung Chae Yul

Pelakon & Model Korea Selatan, Jung Chae Yul Meninggal Dunia

Pelakon & Model Korea Selatan, Jung Chae Yul Meninggal Dunia

SEOUL — Pelakon dan model  Korea Selatan, Jung Chae Yul dilaporkan meninggal dunia pada usia 26 tahun, lapor Koreaboo.com

Menurut laporan Star News, pelakon terbabit ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di rumah pada awal pagi hari ini. Pihak pengurusannya dalam satu kenyataan mengesahkan kematian Chae Yul.

“Kami di sini ingin menyampaikan berita yang menyayat hati. Chae Yul telah meninggalkan kami.

“Majlis pengebumian akan diadakan secara tertutup atas kehendak keluarga mendiang. Kami berharap orang ramai mendoakan kesejahteraan Chae Yul agar dapat berehat dengan tenang di sana,” maklum kenyataan tersebut,” maklum kenyataan itu.

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

Berita pemergian aktres itu turut mengejutkan rakan-rakannya dalam K-Drama Wedding Impossible. Tambahan lagi, drama itu kini sedang dalam penggambaran dan bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Kakitangan dan rakan pelakon itu turut berkongsi rasa duka berhubung pemergian Chae Yul di akaun Instagram masing-masing.

Berikutan itu, pihak produksi Wedding Impossible turut mengambil keputusan untuk membatalkan penggambaraan sehingga 12 April 2023. Ia bagi mengikuti perkembangan kes itu dengan lebih terperinci.

Mendapat Perhatian Ramai Peminat

Pemergian beliau turut mengejutkan orang ramai apatah mendiang baru-baru ini aktif memuat naik satu kirimannya di Instagram sehari yang lalu. Kebanyakan peminat meluahkan ucapan takziah terhadap pelakon jelita itu di media sosial.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by CHAE YULL (@chaeyull)

Sehingga kini, punca kematian mangsa masih belum diketahui.

Karier Jung Chae Yul

Jung Chae Yul ialah seorang model dan pelakon Korea Selatan. Mendiang pertama kali (debut) dalam kaca televisyen pada tahun 2016 dalam rancangan Devil’s Runaway.

Pada 2018, model berusia 26 tahun itu muncul dalam filem Deep. Namanya semakin bersinar selepas berlakon dalam drama Zombie Detective (2020) sebagai Bae Yoon Mi.

Terkini, mendiang sedang menjalankan penggambaran dalam drama K-drama, Wedding Impossible yang akan datang.

BACA JUGA: Saksi Dakwa Lelaki ‘Bertelinga’ Arnab Jadi Punca Tragedi Rempuhan Maut Itaewon

Sumber: Koreaboo.com. , PinkVilla

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?