Siakap Keli
cuaca panas semenanjung
Gambar: Bernama

Cuaca Panas: Enam Kawasan Di Semenanjung Berada Pada Tahap Berjaga-Jaga

Cuaca Panas: Enam Kawasan Di Semenanjung Berada Pada Tahap Berjaga-Jaga

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu kenyataan hari ini melaporkan terdapat enam kawasan di semenanjung Malaysia mencapai suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celcius.

Menerusi kenyataan tersebut, enam kawasan yang terlibat termasuklah Kubang Pasu, Sik, Lipis, Jerantut, Bentong dan Jempol.

Kesemua daerah ini berada pada Tahap 1 (Berjaga-jaga) dan fenomena ini dijangka berterusan berlaku selama tiga hari berturut-turut hingga 12 April 2023.

Gambar: MET Malaysia

“Tahap Berjaga-Jaga: Suhu maksimum harian 35-37 darjah Celcius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut,” maklum MET Malaysia.

BACA JUGA: Suhu 2023 Diramal Makin Panas Berbanding 2022 – Jabatan Meteorologi UK

Sementara itu, seluruh kawasan di Sabah dan Sarawak pula berada dalam pemantauan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihat untuk tidak berada di kawasan terdedah bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini seperti strok haba.

Sebelum ini, MET Malaysia semalam melaporkan terdapat tiga kawasan di Semenanjung mengalami fenomena cuaca panas itu. Ia melibatkan kawasan Kubang Pasu, Sik dan Kuala Muda.

Cuaca Panas Di Thailand Dijangka Berterusan

Menurut laporan Bernama semalam, Thailand turut mengalami nasib yang serupa apabila cuaca panas terik dijangka berterusan pada minggu ini.

Difahamkan, fenomena itu boleh mencecah sehingga  suhu 42 darjah Celsius di wilayah tengah dan utara negara berkenaan.

Menurut Jabatan Meteorologi Thailand, bahagian tengah dan utara akan mengalami cuaca panas dan berjerebu pada siang hari dengan beberapa kawasan menjadi sangat panas.

Ribut petir dengan tiupan angin turut dijangka berlaku, menurut jabatan itu.

“Daerah Bangna di Bangkok akan menjadi tempat paling panas di Thailand pada Rabu dengan indeks habanya dijangka mencecah 53.9 darjah Celsius.

“Ini diikuti Wilayah Chonburi di timur Bangkok dengan indeks haba dijangka melonjak kepada 52.3 darjah Celsius,” menurut jabatan itu lagi.

Tiga lagi kawasan paling panas ialah pulau peranginan Phuket dengan indeks haba 49 darjah Celsius, Phetchabun (46.8 darjah Celsius) dan daerah Kosum Phisai di Maha Sarakham (43.2 darjah Celsius).

BACA JUGA: Lelaki Kesal, Jiran Bina Tembok Setinggi 2 Meter Halang Jalan Keluar

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?