Ini 7 Cara Mudah Buat Kiub Ais
Pada bulan Ramadan ini, semua makanan dan minuman akan kelihatan ‘berbeza’ di mata umat Islam susulan melakukan ibadah puasa iaitu menahan diri daripada lapar dan dahaga.
Lebih-lebih lagi, apabila melihat minuman segar yang dihidangkan bersama ketulan ais pastinya menambat selera ketika sesi berbuka puasa.
Kadang-kadang ketulan ais susah untuk didapatkan di kedai sekiranya berlaku cuti umum berhubung perayaan.
Oleh itu, sekiranya bercadang untuk membuat kiub ais di rumah, boleh ikuti petua yang disediakan di bawah ini berdasarkan laman web yang diambil dari Kompas.com.
Tujuh cara buat kiub ais
1. Gunakan air botol
Gambar Hiasan: BERNAMABagi memastikan kiub ais itu dapat dinikmati dengan baik, orang ramai digalakkan untuk menggunakan air botol (mineral atau minuman) yang boleh didapati di kedai.
Perkara ini juga dapat mengelakkan potensi penyakit dalam badan selain tidak perlu hirau mengenai kebersihan.
Dengan menggunakan air botol, ia bukan sahaja cepat malah bersih daripada segala kotoran.
2. Didihkan air sehingga berbuih (mendidih)
Mengikut buku Siri Makanan Ringan Lama Kegemaran: Pelbagai ais terbitan PT Gramedia Pustaka Utama, dicadangkan membuat ais menggunakan air mendidih.
Air mendidih mengandungi kurang oksigen daripada air kosong yang menjadikan hasilnya lebih jelas dan cantik.
3. Ulang pendidihan sebanyak dua kali
Langkah ketiga ialah dengan mengulangi pendidihan air buat kali kedua semasa melakukan kiub ais.
Selepas mendidih, air botol boleh dibekukan serta-merta atau tunggu sehingga ia sejuk selaras dengan suhu bilik.
BACA: Cuba Bawa Kelainan, Peniaga Jual Aiskrim Perisa Cengkerik
4. Tambah penyejuk
Kemudian, selepas memasukkannya ke dalam penyejuk beku, orang ramai boleh menambah botol berisi minuman yang sejuk ke dalam peti sejuk.
Tujuan ini adalah untuk menjadikannya lebih sejuk dan dengan cara itu, kiub ais akan membeku dengan cepat.
5. Guna bekas air yang betul dan sesuai
Seterusnya, adalah penting untuk menggunakan bekas kiub ais yang betul seperti beg plastik supaya ia membeku dengan cepat.
Elakkan menggunakan bekas logam supaya ais tidak cair dengan cepat.
6. Tutup dengan aluminium foil
Gambar Hiasan: ShutterstockSalah satu cara untuk memastikan ketulan ais tidak cair dengan cepat adalah dengan membaluti atau membungkusnya bersama kerajang aluminium (aluminium foil).
Balut bekas air yang diisi dalam beg plastik itu supaya sumber haba atau cahaya tidak terkena kiub ais.
7. Bekukan selama 12 hingga 24 jam
Langkah terakhir merupakan langkah yang penting sekali dalam petua ini. Proses pembekuan ais kiub memerlukan selama 12 sehingga 24 jam.
Hanya bekukan kiub ais dalam masa yang diberi dan jangan terlalu lama untuk mengelakkannya berbuih.
Sumber: Kompas.com