Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bagi Bonus Sebelum Raya, Ini Cara ‘Boss Susu’ Urus Gaji Pekerja

boss susu bonus raya
Gambar: Azmi Zainal/Facebook

Bagi Bonus Sebelum Raya, Ini Cara ‘Boss Susu’ Urus Gaji Pekerja

Kebiasaannya sebelum perayaan tiba, setiap syarikat akan sibuk menguruskan pelbagai perkara yang berkaitan sebelum pekerja diberikan cuti yang panjang.

Seperti syarikat yang lain, Farm Fresh Sdn Bhd juga tidak ketinggalan dalam melakukan perbincangan bersama kakitangan sebelum Adilfitri menjelang pada April ini.

Ketua pegawai operasinya (COO), Azmi Zainal berkongsi kepada umum berhubung perkara yang dilakukan oleh Farm Fresh sekiranya ada perayaan menjelang dalam masa terdekat.

Menurutnya, Farm Fresh akan mendahulukan pekerja dengan memberi bonus tahunan kepada kakitangan sekiranya perayaan disambut, tidak kira kaum dan bangsa.

Misalnya, pada perayaan Tahun Baru Cina, pekerja kaum Cina dan India akan diberikan bonus tahunan sebelum ia tiba.

Sama seperti Hari Raya, pekerja kaum Melayu juga difahamkan akan menikmati manfaat yang diberikan oleh syarikat itu.

“Ni mesyuarat saya dengan GM (General Manager) dan pengurus HR (Human Resource) minggu lepas dekat Muadzam Shah.

“Mesyuarat mengenai Annual Increment, gaji sebelum raya dan tarikh bonus raya.

“Dengan cara ini pekerja kami akan (jadi) lebih bermakna Hari Rayanya,” ujarnya dalam perkongsian di Facebook.

BACA: Wanita ‘Belanja’ Deko Rumah Ala-ala “Farmhouse”, Rumah Jadi Lagi ‘Luas’ & Selesa

Pengurusan gaji sebelum perayaan

Azmi atau lebih dikenali sebagai Boss Susu itu juga meminta pihak pengurusan sumber manusia untuk membayar gaji sebelum Hari Raya tiba.

Hal ini kerana, berkemungkinan di rumah ada yang menunggu-nunggu berita baik daripada pihak syarikat yang boleh membantu daripada segi perbelanjaan raya.

Walaupun tidak banyak, namun serba sedikit ia memberi kesan yang ketara di mana ia dapat meringankan beban dan dalam tidak sedar juga dapat menggembirakan ramai pihak.

Azmi turut berkongsi kepada umum mengenai kisahnya ketika dia tidak mampu untuk menggembirakan keluarga ketika perayaan itu tiba.

“Kecewanya tidak terkata. Jadi saya tidak mahu pekerja saya, rasa kecewa di hari raya,” selorohnya.

Bonus tahunan gembirakan pekerja, amalan yang baik

Tambahnya lagi, dengan pemberian wang tambahan itu ia pastinya akan membuatkan pekerja mereka seronok untuk menyambut Aidilfitri yang sekali dalam setahun itu.

Bonus tersebut boleh dibelanjakan dengan membeli baju raya keluarga, duit raya untuk ibu bapa dan sebagainya.

“Raya ini perayaan yang kita tunggu-tunggu selama setahun. Begitu juga dengan bonus. Kalau kita dapat kedua-duanya pastilah kita suka sangatkan.

“Menggembirakan pekerja juga satu amalan yang baik,” ujarnya.

Ikuti perkongsian penuh di bawah ini.

Sumber: Azmi Zainal/Facebook

BACA: “Petang Sikit Make-up Dah Pecah,” 5 Rutin Wajib Buat Dari Sekarang Kalau Nak Kulit Cantik Masa Raya