Siakap Keli
baling mercun bom PM
Kredit Sinar Harian

Lelaki Ugut Baling Mercun Bom Kepada PM Direman

Lelaki Ugut Baling Mercun Bom Kepada PM Direman

KOTA BHARU, 28 April (Bernama) — Seorang lelaki berumur 24 tahun yang mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata penahanan reman itu dilakukan susulan pihaknya telah mengesan satu ciapan yang dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter Mat Sekilau/Membalak @apanakdikato.

Katanya, menerusi ciapan berkenaan ia memaparkan tangkap layar individu yang mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan “Boleh Pasang nanti bang Non Mai klate, Kasi ajar sikit” untuk membaling mercun bom.

BACA: PM Tidak Gentar Dengan Ugutan Jatuhkan Kerajaan Perpaduan

“Kenyataan tersebut dipercayai ditujukan kepada Perdana Menteri. Hasil pemerhatian mendapati sumber asal hantaran tersebut telah dimuat naik oleh suspek di akaun Tiktok @najibnafi99, namun mengikut semakan video tersebut telah dipadam.

“Semalam, lebih kurang pukul 10.30 malam, tangkapan telah dibuat ke atas suspek di pekarangan Balai Polis Binjai untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sumber: BERNAMA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka