Siakap Keli
ahli politik pukul isteri
Kredit Shutterstock

Polis Siasat Ahli Politik Didakwa Pukul, Pijak Perut Isteri Sedang Hamil

Polis Siasat Ahli Politik Didakwa Pukul, Pijak Perut Isteri Sedang Hamil

Seorang ahli politik Indonesia yang dilaporkan melakukan keganasan rumah tangga kini sedang disiasat pihak berkuasa selepas isteri keduanya membuat laporan polis.

Memetik Astro Awani, laporan polis yang dibuat wanita yang menggunakan nama samaran MY itu adalah atas tuduhan mengasari dan dipukuli oleh lelaki tersebut.

Berdasarkan laporan media tempatan, MY mendakwa bahawa dia telah dikasari oleh seorang anggota Dewan Perwakilan Rakyat dari Parti Keadilan Sejahtera.

Ahli politik didakwa mengasari isteri yang sedang hamil

Ahli politik yang dikenali sebagai Bukhori Yusuf didakwa mengasarinya sewaktu dirinya sedang hamil.

Menurut laporan itu lagi, insiden tersebut dipercayai berlaku pada November tahun lalu dan pasangan itu kini dilaporkan sudah bercerai.

Portal Tempo melaporkan bahawa Bukhori dan MY hanya sempat bersama sebagai pasangan suami isteri dalam tempoh sembilan bulan sahaja sebelum berpisah.

Sepanjang perkahwinannya itu, MY mendakwa dia telah dipukul beberapa kali oleh ahli politik tersebut. Lantaran teruk dipukul, MY kemudiannya telah mengalami trauma dan kemurungan.

Antara perbuatan yang didakwa dilakukan oleh lelaki itu adalah memukul dengan kerusi, mencekik, menampar, menggigit dan memijak perut isterinya. Akibat perbuatan memijak perut tersebut, wanita itu turut mengalami pendarahan.

Lantaran kontroversi tersebut, Bukhori dipercayai telah meletakkan jawatannya sebagai ahli dewan perwakilan.

Malah pihak parti menjelaskan bahawa perletakan jawatan tersebut tidak berkaitan dengan politik sebaliknya disebabkan masalah peribadi.

Kes tersebut sehingga kini dilaporkan masih dalam siasatan pihak polis Indonesia.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Pemain Bola Sepak Profesional Indonesia Patah Kaki, Kena “Tackle” Ketika Main Liga Kampung

Pemain bola sepak profesional Indonesia, Akhirul Wadhan patah kaki selepas dikasari oleh seorang pemain pertahanan pasukan lawannya, lapor Tribun News.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada Khamis, 18 Mei semasa perlawanan bola sepak amatur diantara kampung yang menyaksikan pasukan Putra Kuta Blang menentang Pemuda Muara Batu.

Video Akhirul yang terkena terjahan keras sehingga patah kaki itu tular di media sosial Indoneisa.

Pemain dari Aceh itu mengalami patah kaki akibat terjahan keras dari belakang oleh seorang pemain lain sehingga mengakibatkan kakinya patah.

Sumber: Astro Awani

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka