Siakap Keli
mayat budak 4 tahun dalam mesin basuh
Kredit KAT WILCOX

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Budak 4 Tahun Disembunyi Dalam Mesin Basuh

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Budak 4 Tahun Disembunyi Dalam Mesin Basuh

Mayat kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang dilaporkan hilang sejak 26 Mei lalu ditemui dalam sebuah mesin basuh lama pada Ahad, 28 Mei.

Memetik Life, Polis daerah Selatan Filipina melaporkan bahawa budak lelaki itu didakwa telah disumbat ke dalam mesin basuh oleh suspek yang merupakan bapa saudara mangsa berusia 15 tahun.

Berdasarkan laporan GMA News, mesin basuh itu dipercayai terletak di dalam bilik suspek dan ia ditutup dengan kain. Mesin basuh itu juga disusunkan buku-buku di atasnya oleh suspek.

Segalanya terbongkar selepas ibu suspek mendakwa telah terhidu bau busuk. Ibunya kemudian menyerahkan suspek kepada pihak berkuasa.

Laporan bedah siasat menunjukkan bahawa kanak-kanak lelaki itu mengalami kecederaan akibat hentaman objek tumpul di bahagian kepalanya.

Menurut portal 24 Oras, suspek dilaporkan sempat menghantar gambar kanak-kanak itu kepada saudaranya melalui Messenger Facebook.

Gambar tersebut dilaporkan memaparkan kanak-kanak itu sedang berada dalam keadaan “didera” dan berada di dalam sebuah baldi.

Menurut polis, suspek juga mengaku telah melakukan jenayah pembunuhan kejam itu menerusi satu muat naik hantaran di Facebook miliknya yang kini dipadamkan.

“Saya telah melakukan sesuatu yang amat saya kesalkan dan saya perlu melakukan yang terbaik untuk menebusnya. Saya terlalu mengikut perasaan saya dan kini saya perlu membayar akibatnya,” tulis catatan remaja itu berdasarkan laporan polis.

Sementara itu, laporan berkenaan pembunuhan telah difailkan terhadap suspek dan prosiding terpaksa digantung sehingga suspek berusia 18 tahun.

Suspek kini dalam tahanan pejabat kebajikan masyarakat dan pembangunan tempatan.

Dalam pada itu, datuk kanak-kanak tersebut menuntut supaya suspek dihukum sepenuhnya mengikut undang-undang.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Terdahulu, seorang gadis berusia 16 tahun di Delhi, India maut ditikam dan dipukul berkali-kali di khalayak ramai, lapor India Times.

Kejadian dilaporkan berlaku pada 29 Mei lalu sewaktu orang ramai melewati mereka dan hanya memandang dengan cemas tidak melakukan apa-apa untuk menghentikan serangan.

Gadis remaja itu hanya diam tidak dapat melakukan apa-apa sambil diserang secara bertubi-tubi oleh lelaki berusia 20 tahun tersebut ke atas dirinya.

Kejadian mengerikan itu berjaya dirakam oleh kamera keselamatan di Rohini utara Delhi pada hari Ahad.

Sumber: Life

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka