Siakap Keli
cara betul masukkan kain dalam dryer
Kredit Facebook via Salkukhairi Abd Shukor

Dah Masuk “Dryer” Pun Basah Lagi, Lelaki Perjelas Cara Betul Masukkan Kain Dalam “Dryer”

Dah Masuk “Dryer” Pun Basah Lagi, Lelaki Perjelas Cara Betul Masukkan Kain Dalam “Dryer”

Kemudahan teknologi terkini yang canggih dapat membantu dalam memudahkan urusan kerja harian kita di rumah.

Jika dahulu, selepas masukkan baju ke dalam mesin basuh kita kena tunggu dan kemudiannya sidai pakaian tadi di ampaian.

Namun kini dengan teknologi terkini seperti mesin pengering atau dryer ia mampu memudahkan lagi urusan rumah tangga bagi seisi keluarga.

Lambakan kedai dobi layan diri yang menyediakan perkhidmatan ini juga telah menjimatkan masa untuk tujuan mengeringkan pakaian.

Perkhidmatan dobi layan diri ini pula di sesetengah kawasan dibuka secara 24 jam. Maka pengguna boleh melakukan pengeringan pada bila-bila masa sahaja.

Namun begitu, pernah tak anda mengalami selepas proses pengeringan dilakukan ada beberapa pakaian yang masih tidak kering sepenuhnya.

Apa sebab ia tidak kering secara menyeluruh?

Oleh yang demikian, perkongsian pada hari ini akan memberitahu sebab perkara itu terjadi.

Mari ikut perkongsian daripada seorang lelaki yang bernama Salkukhairi N Sons di Facebook miliknya mengenai perkara itu.

Berdasarkan perkongsian Salkukhairi, perkara itu berlaku mungkin disebabkan oleh cara pengeringan anda yang kurang betul.

Menurutnya, sewaktu proses ini dilakukan pengguna dinasihatkan untuk tidak mencampakkan pakaian tadi terus ke dalam mesin pengering.

Ini kerana cara mencampakkan kain terus ke dalam mesin boleh menyebabkan kain tidak dapat kembang dengan sempurna sewaktu ia dijalankan.

Kredit Facebook

Oleh kerana pakaian tidak dapat kembang dengan baik, maka hasil pengeringan tadi tidak akan sempurna terutamanya bagi kain yang agak tebal.

Sebaliknya Sulkukhairi menasihatkan agar pengguna memerah kain sehingga diyakini kering dan mengibas kain sebelum dimasukkan ke dalam mesin.

Masuk satu persatu ke dalam mesin

Selain itu, kain pakaian tadi juga hendaklah dimasukkan satu demi satu ke dalam mesin pengering dengan keadaan dikembangkan. Cara ini dapat memberikan ruang di antara kain dan membolehkan kain tadi berpusing dengan baik di dalam mesin pengering.

Kredit Facebook

Jika anda melakukan perkara ini, maka ia dapat mempercepatkan proses pengeringan serta menjimatkan masa dan wang anda.

Kini kain anda boleh kering dengan sempurna dalam masa 30 hingga 35 minit sahaja untuk satu bakul penuh.

Hasil proses pengeringan tadi juga akan menyebabkan pakaian anda tidak berkedut dan mudah dilipat sebaik sahaja ia dikeluarkan daripada mesin pengering.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Bagaimana dengan perkongsian hari ini?

Diharap perkongsian pada kali ini dapat memberi ilmu kepada anda untuk mendapatkan pakaian yang kering sempurna selepas menggunakan mesin pengering di dobi.

Sumber: Sulkukhahiri Abd Shukor via Facebook

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka