Siakap Keli
lagak ngeri polis evo 3
Gambar: TikTok @eddystuntshowreel

“Kerja Gila,” Pelakon Lagak Ngeri Kongsi Sebalik Tabir Babak Kereta Terbalik Dalam Polis Evo 3

“Kerja Gila,” Pelakon Lagak Ngeri Kongsi Sebalik Tabir Babak Kereta Terbalik Dalam Polis Evo 3

Filem Polis Evo 3 mencipta fenonema sejak ditayangkan buat kali pertama di pawagam pada 25 Mei lalu. Karya arahan Syafiq Yusof itu berjaya menuai pujian dari orang ramai dengan adegan-adagen yang cukup ‘berkelas’.

Sejak hari pertama, filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures itu telah meraih kutipan sebanyak RM 1.3 juta pada tayangan awal (sneak preview).

Ia juga berjaya menduduki tangga pertama di carta Top 10 GSC Malaysia selain berjaya mengatasi kutipan tayangan bagi filem antarabangsa.

Bukan sahaja itu, Polis Evo 3 juga berjaya meraih kutipan sebanyak RM16 juta hanya dalam tempoh empat hari sejak ditayangkan di pawagam. Rekod kutipan itu berjaya memintas filem Mat Kilau yang menjadi kegilaan orang ramai pada tahun lalu.

Walau bagaimanapun, bagi memastikan sebuah filem yang diterbitkan itu berkualiti bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan pengorbanan masa, tenaga, wang ringgit bahkan nyawa sebagai taruhan.

Kebiasaannya, adegan-adegan ngeri sering dilakonkan oleh mereka yang bergelar “stuntman” bagi menggantikan tempat para pelakon.

Seperti yang kita tahu, ramai yang mempunyai bakat dalam melakonkan satu-satu watak namun tidak semua orang mampu menjadi seorang stuntman

Aksi Kejar-Mengejar Dalam Lagak Ngeri Polis Evo 3

Stuntman polis evo 3
Gambar: TikTok @eddystuntshowreel

Menerusi satu klip video yang dimuatnaik oleh lelaki dikenali sebagai Eddy di TikTok @eddystuntshowreel menunjukkan bagaimana salah satu babak (stuntman) dalam filem Polis Evo 3 dilakonkan.

Eddy yang bekerja sebagai pelagak ngeri itu kelihatan memakai pakaian sut untuk melindungi dirinya.

Dalam video berdurasi seminit 18 saat, Eddy yang bekerja sebagai pelagak ngeri itu kelihatan memakai pakaian sut untuk melindungi dirinya sebelum adegan kejar-mengejar antara dua kenderaan dilakukan.

BACA JUGA: Polis Evo 3 Raih Kutipan RM1.3 juta Untuk Tayangan Awal

Salah sebuah kenderaan berkenaan “terbang” dan terbalik selepas melakukan aksi pelanggaran pada pembahagi lebuh raya. Adegan itu menyaksikan pada bahagian hadapan kenderaan remuk teruk.

Selepas itu, beberapa kakitangan lain meluru ke kereta berkenaan dengan lengkap berpakaian sut dan alat pemadam api bersama.

Stuntman polis evo 3
Gambar: TikTok @eddystuntshowreel

Buka Mata Realtiti Yang Perlu Dihadap Sebagai Stuntman

Dalam video tersebut, dua orang kakitangan seperti sedang memeriksa keadaannya selepas melakukan aksi merbahaya itu.

“Semua ok. Alhamdulillah selamat. Bersyukur kepada Tuhan selamatkan saya,” katanya.

@eddystuntshowreel

Alhamdulillah syukur padamu Ya ALLAH,permudahkan urusan kami smua.. 1st car flip in #polisevo3 done release.. stay tune for 2nd car✌🏿 @polisevo_2023 Thank to stunt team especially #jstuntteam and production team. #stunt #stuntman #stuntdriver #carflip #carrollover #eddysharizan

♬ bunyi asal – Adam Haikal 😎💯🇲🇾 – Adam Haikal 😎💯🇲🇾

“Nyawa Taruhan” – Netizen

Menjengah ke dalam ruangan komen, rata-rata warganet turut menyifatkan pekerjaan itu bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk dilakukan kerana merisikokan nyawa.

Untuk makluman, video ini mendapat lebih 500,000 tontonan, lebih 29,000 tanda “Suka” dan lebih 500 komen daripada netizen.

Sumber: TikTok @eddystuntshowreel

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?