Siakap Keli
Gambar: Bangkapos

Misteri Bau Busuk Macam Bangkai Haiwan Terungkai, Rupanya Sebab Bunga Ni

Misteri Bau Busuk Macam Bangkai Haiwan Terungkai, Rupanya Sebab Bunga Ni

Misteri bau busuk yang menyelubungi penduduk di sekitar kampung Desa Telak, Kecamatan Parittiga Bangka Barat di Indonesia terungkai apabila ia sebenarnya disebabkan oleh bunga yang ditanam oleh salah seorang penduduk.

Memetik laporan Bangkapos, penduduk kampung itu pada awalnya menyangka bau busuk tersebut adalah disebabkan bangkai haiwan.

Bercerita lanjut, salah seorang penduduk berkata bahawa dia telah keluar untuk mencari sumber bau busuk itu pada waktu malam namun hampa kerana dia tidak menemui apa-apa bangkai.

Difahamkan, aroma busuk itu sangat menyengat sehingga dapat dihidu di beberapa buah rumah di kampung itu.

Penduduk Menjumpai Sumber Bau Busuk Di Belakang Rumah

Keesokan harinya, penduduk menemui punca bau busuk itu dari bunga yang dikenali sebagai suweg di belakang sebuah rumah.

Bunga tersebut dikatakan masih belum mekar pada Jumaat namun ia mekar dan indah pada pagi Sabtu.

Proses Bunga Suweg Untuk Mekar

Bunga berwarna ungu itu mempunyai biji yang tingginya dianggarkan sekitar 30cm

Menurut Bangkapos, aroma bau busuk tidak begitu menyengat ketika mereka berada di sekitar bunga itu.

Tetapi ketika proses bunga itu mekar, bau busuk begitu menyengat sampai menusuk hidung.

Menurut Kompas.com, bau bangkai yang keluar dari bunga suweg disebabkan bunga betina tengah mekar dan bersedia untuk menerima debunga dari bunga jantan.

Dalam proses terjadinya pembuahan ini, serangga atau lalat hijau diperlukan. Oleh kerana itu, ia mengeluarkan bau busuk seperti bangkai.

BACA JUGA : Jangan Tekan Serentak, Ini Rupanya Fungsi Dua Butang Pam Pada Mangkuk Tandas

Pemilik bunga tersebut, Erna memaklumkan bahawa Bunga Bangkai jenis Suweg ini tidak tumbuh liar melainkan sengaja ditanamnya sejak lima tahun lalu.

Difahamkan, benih bunga diperoleh dari sang suami yang berasal dari Pulau Jawa.

“Saya berkahwin dengan orang Jawa, suami membawa benih bunga ini, biji benihnya sangat kecil. Tetapi setelah lima tahun bunga ini besar dan mekar.

“Tak hanya itu, saya juga telah memberikan bunga ini baja agar bunga ini  tumbuh subur dan lebih besar.

“Bunga Bangkai ini akan tumbuh dalam lima tahun dan apabila bunga ini mekar, bunga ini cuma bertahan dalam seminggu sahaja,” katanya.

Apa Itu Bunga Suweg ?

Mungkin ramai yang belum tahu, bunga suweg atau nama saintifiknya Amporphophallus paeoniifolius (dennst.) Nicolson adalah  salah satu daripada kepelbagaian flora yang ada di Indonesia.

Ia tergolong dalam genus Amorphophallus dan berhubung kait dengan bunga bangkai raksasa dan iles-iles.

Suweg sering disamakan dengan iles-iles karena keduanya menghasilkan umbi batang yang dapat dimakan. Malah kedua-dua tumbuhan juga mempunyai morfologi daun yang sama ketika fasa vegetatif.

Bunga ini juga berasal dari anggota suku Araceae yang dapat menghasilkan umbi dan bermanfaat sebagai makanan alternatif.

Hasil penelitian menunjukkan bunga ini  boleh ditemukan tumbuh di beberapa daerah, terutama di perkarangan rumah penduduk namun tidak ramai yang menanamnya.

BACA JUGA: Tak Payah Cari “Link”, Korang Boleh Layan Bola Guna Aplikasi Ni Tanpa “Lag”, Siap Kualiti Tinggi

Sumber: Bangkapos 

Ezzatul Syafiqah