Siakap Keli
lelaki mengamuk baby didenda
Gambar: Astro Awani

Mengaku Bersalah, Lelaki Mengamuk Tak Dipanggil “Baby” Didenda RM300

Mengaku Bersalah, Lelaki Mengamuk Tak Dipanggil “Baby” Didenda RM300

SHAH ALAM  — Mahkamah hari ini menjatuhkan hukuman denda RM300 terhadap seorang penganggur lelaki yang berang ekoran tidak dipanggil “Abang” dan “Baby”, lapor Astro Awani.

Lelaki Mengamuk Tak Disapa ‘Baby’ Didenda

Tertuduh, 50, mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan mudarat awam di sebuah restoran di Subang Jaya, pada awal bulan ini.

Majistret, Mohamad Redza Azhar Rezali memerintahkan tertuduh dipenjara tujuh hari jika gagal membayar denda.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Farah Sofea Norazman memohon hukuman setimpal dijatuhkan oleh mahkamah sebagai pengajaran.

Tambahan lagi, tertuduh tidak diwakili peguam.

BACA: Berwajah Baharu, Banglo Usang Bukit Gasing Dicat Semula 

Berdasarkan pertuduhan yang dibacakan, tertuduh yang merupakan bekas pemandu lori didakwa melakukan mudarat awam sehingga mencetuskan kegusaran kepada orang awam.

Pada pukul 9 pagi, 4 Jun lalu di sebuah restoran di Putra Heights, tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut.

Tertuduh dilaporkan bertindak membaling bungkusan nasi dan air Nescafe panas selepas berang tidak dipanggil dengan panggilan ‘abang’ atau ‘baby’.

Bagaimanapun, bungkusan tersebut terkena anak lelaki pemilik restoran berkenaan.

Bukan sahaja itu, dia berkelakuan pelik dengan menendang meja, membaling kerusi, meludah dan bercakap dalam bahasa yang kurang difahami.

Terdahulu, tular rakaman yang mendedahkan lelaki terbabit naik angin secara tiba-tiba. Ia mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai termasuk yang menggesa pihak berkuasa untuk menahan lelaki terbabit.

Tidak kurang juga ramai yang bersimpati terhadap pemilik kedai dan kanak-kanak yang terkena air panas dilempar lelaki itu.

BACA JUGA: Gara-gara Tidak Disapa ‘Baby’, Lelaki Mengamuk Baling Makanan

Ditahan Polis 

Dia telah ditahan di Jalan Samudera Utara 2, Batu Caves pada jam 1 pagi, dua hari lalu.

Penahanan lelaki itu dilakukan susulan satu laporan polis yang dibuat seorang wanita.

Sementara itu, dalam insiden yang berasingan seorang lelaki yang didapati mengugut dan memukul kepala seorang wanita ketika dalam perjalanan dari Cameron Highlands ke Tapah telah dipenjara selama tujuh hari.

Tertuduh yang berusia 29 tahun itu mengaku bersalah atas semua pertuduhan ketika perbicaraan di Mahkamah Majistret Tapah.

Sumber: Astro Awani

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?