Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Media Argentina Terkejut Latihan Pasukan Indonesia Ditutup Kanvas Hitam

Nurhanis
argentina indonesia kanvas hitam
Kredit: Tv One

Media Argentina Terkejut Latihan Pasukan Indonesia Ditutup Kanvas Hitam

Latihan persiapan yang dilakukan oleh pasukan kebangsaan Indonesia ditutup dengan kanvas hitam membuatkan media Argentina tertanya-tanya dengan tindakan jurulatih pasukan itu, lapor Tv One.

Hari ini, skuad Garuda akan menentang pasukan kebangsaan Argentina dalam perlawanan persahabatan Jelajah Asia 2023 di Stadium Utama Bung Karno (SUGBK) di Jakarta.

Sebagai persiapan, Indonesia mengadakan latihan pasukan di Lapangan A Gelora Bung Karno pada Khamis lalu.

Bagaimanapun, jurulatih Indonesia, Shin Tae Yong mahu latihan itu dilaksanakan secara tertutup dan kain hitam diletakkan di sekeliling padang.

Tindakan itu membuatkan media Argentina, Ole terkejut kerana perlawanan antara Indonesia dan Argentina hanyalah perlawanan biasa.

“Luar biasa, sebelum perlawanan persahabatan dengan Argentina, jurulatih Indonesia menutup latihan dengan kanvas hitam.

“Mencetuskan rasa ingin tahu kerana ia hanyalah perlawanan persahabatan,” tulis Ole.

Dalam pada itu, Tae Yong memberi kenyataan dengan mengatakan ia ditutup atas keinginannya.

“Tutup padang dengan kain hitam adalah permintaan saya,” katanya.

Selain menutup padang latihan dengan kain hitam, Tae Yong turut meminta pasukan keselamatan hadir untuk menghalang sesiapa daripada mendekati gelanggang itu.

BACA: Angel Di Maria Teruja Argentina Lawan Indonesia, Siap ‘Update’ Di InstaStory

Tae Yong minta Indonesia Tenang hadapi Argentina

Dalam pada itu, Tae yong turut meminta agar skuad kendaliannya bermain dengan tenang dan santai semasa hari perlawanan.

Jelasnya, mereka perlulah tenang walaupun pasukan yang bakal mereka berentap adalah La Albiceleste yang memegang status Juara Piala Dunia 2022.

“Seperti yang kita tahu, Argentina sememangnya pasukan terbaik di dunia. Sebab itulah persiapan (latihan) itu paling penting buat pemain,” ujarnya.

Menurutnya, untuk berdepan pasukan terbaik dunia, pihak lawan mestilah mempersiapkan persiapan daripada segi mental.

Justeru, Tae Yong menilai pemain Marselino Ferdinan dan rakan-rakannya perlu membuat persiapan mental sebaik mungkin agar mampu menentang Argentina.

Tae Yong juga menyatakan bahawa pemain tidak perlu terlalu tegang dan cemas apabila bertanding dengan pemain bertaraf dunia.

“Saya ingin meminta pemain menikmati perlawanan supaya mereka boleh tampil santai,” tambah Tae Yong.

Sumber: Tv One

BACA: Media Thailand ‘Terkejut’ Argentina Pilih Indonesia Bagi Perlawanan Persahabatan