Siakap Keli
menteri ada pas VIP KLIA
Gambar: Bernama

Semua Ahli Jemaah Menteri Ada Pas VIP Untuk Akses Seluruh Kawasan Di KLIA – Anthony Loke

Semua Ahli Jemaah Menteri Ada Pas VIP Untuk Akses Seluruh Kawasan Di KLIA – Anthony Loke

Setiap Ahli Jemaah Menteri berhak untuk memasuki setiap ruang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana mempunyai pas khas (VIP), lapor Astro Awani.

Menteri Pengangkutan, anthony Loke Siew Fook menyatakan bahawa, walaupun mereka tidak menaiki mana-mana penerbangan, mereka berhak untuk mengakses kawasan berkenaan.

Ketika mengulas berkenaan insiden kekecohan di KLIA yang melibatkan seorang menteri, beliau mendapati bahawa menteri tersebut telah memasuki kawasan KLIA sambil diiringi oleh polis bantuan dan anggota keselamatan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Baca: “Terus Capai Red & Black,” Wan Chai Cuak Kena Ganggu Ketika Live, Tiba-Tiba Semua Member Lesap Diganggu ‘Makhluk Halus’?

“Semasa beliau berada di KLIA itu memang diiringi oleh polis bantuan dan anggota keselamatan MAHB. Dari segi isu pas keselamatan, itu tak jadi isu, sebenarnya setiap menteri ada pas VIP untuk masuk ke lapangan terbang walaupun kadangkala kita bukan mengambil penerbangan.

“Semalam pun saya berada di lapangan terbang, bukan saya mengambil penerbangan, tetapi saya lancarkan satu penerbangan, jadi saya masuk ke kawasan larangan seperti departure hall dan sebagainya.

“Bagi saya isu pas tak timbul, dia memang layak untuk masuk ke kawasan larangan, jadi apa yang berlaku saya tidak pasti sebab saya tidak ada di sana dan tidak ada rakaman CCTV dan sebagainya.

“Mengikut laporan MAHB, beliau diiringi oleh anggota keselamatan di lapangan terbang semasa tempoh beliau berada di lapangan terbang dan apabila beliau keluar, diiringi juga anggota keselamatan,” katanya.

Sumber: Astro Awani

Aqmal Ezany

I write what is right