Siakap Keli
3 kesilapan goreng ayam
Kredit Facebook/Che Kam

Lelaki Ni Kongsi 3 Kesilapan Biasa Orang Buat Bila Goreng Ayam & Bagaimana Cara Atasinya

Lelaki Ni Kongsi 3 Kesilapan Biasa Orang Buat Bila Goreng Ayam & Bagaimana Cara Atasinya

Ayam goreng merupakan sejenis makanan yang menjadi kesukaan ramai tidak kira peringkat umur dan bangsa.

Lambakan versi ayam goreng yang dijual di restoran makanan segera juga menjadi penyumbang kepada mengapa makanan ini sering menjadi tarikan utama.

Bagi kanak-kanak pula, kisah animasi Upin Ipin yang menggemari ayam goreng bahagian peha mungkin menjadi faktor dan penyebab utama pemilihan mengapa ia sering dipilih.

Walaupun ia sangat digemari oleh ramai orang, namun untuk membelinya setiap hari mungkin tidak semua mampu.

Maka pelbagai resepi dan tepung goreng ayam segera mula dikongsikan serta dijual oleh orang ramai.

Namun tidak semua ayam goreng yang digoreng sendiri di rumah akan menjadi seperti yang dijual di restoran-restoran makanan segera.

Ini kerana anda mungkin menggunakan teknik yang salah sewaktu menggoreng ayam tersebut.

Justeru, perkongsian pada hari ini akan berkongsikan tiga kesilapan yang sering dilakukan bila anda menggoreng ayam.

Perkongsian ini telah dikongsikan oleh seorang pempengaruh yang gemar berkongsikan resepi masakan iaitu Che Kam. Perkongsian tersebut telah dibuat olehnya menerusi muat naik hantaran di laman Facebook miliknya.

Mari kita ikuti perkongsian daripada beliau

Yang pertama, goreng dengan minyak yang terlalu sedikit. Haa.. kalau goreng ayam ni memang minyak tak boleh kedekut. Bila nak mengoreng pastikan minyak banyak sampai ayam betul-betul tenggelam. Ni orang panggil teknik deep frying.

Kredit Facebook

Kesilapan kedua, goreng dengan minyak belum cukup panas. Kalau ikutkan suhu yang ideal 175 (darjah Celcius) & goreng lebih kurang 10 minit. Kalau takde penyukat suhu, boleh pakai lidi sate celup dalam minyak. Kalau buih keluar dekat lidi maksudnya minyak dah cukup panas.

Kesilapan ketiga, goreng ayam terlalu banyak dalam periuk/kuali yang sama dalam satu-satu masa. Hasilnya, suhu akan jatuh dengan cepat. Boleh menyebabkan ayam masak tak sekata.

Kredit Facebook

Tips tambahan, tanda-tanda ayam dah masak. Ayam timbul di permukaan & buih keluar dah kurang.

Untuk masak di rumah Che Kam cadangkan jangan goreng ayam terlalu besar. Ayam kecil lagi senang untuk masak.

BACA: Lelaki Ni Ajar Cara Nak Tengok Tahun Pembuatan Tayar, Tak Kena Tipu Dah

Setakat itu sahaja perkongsian daripada beliau, diharapkan penulisan pada hari ini dapat memberikan ilmu kepada pembaca tentang teknik menggoreng ayam yang betul dan sedap.

Sumber: Facebook/Che Kam

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka