Siakap Keli
pahang bantuan keluarga mangsa nahas pesawat
Kredit: Bernama

Nahas Pesawat: Kerajaan Pahang Akan Salur Bantuan Kepada Keluarga Mangsa – MB Pahang

Nahas Pesawat: Kerajaan Pahang Akan Salur Bantuan Kepada Keluarga Mangsa – MB Pahang

KLANG, 17 Ogos (Bernama) — Kerajaan Negeri Pahang akan menyalurkan bantuan atau membiayai sebarang kos termasuk urusan pengebumian kepada keluarga mangsa nahas pesawat di Lebuhraya Guthrie dekat Bandar Elmina, Shah Alam, petang tadi, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

“Apa sahaja kos untuk pengurusan mayat dan pengebumian jenazah, Kerajaan Negeri Pahang akan tanggung. Semua mangsa nahas (penumpang pesawat serta dua orang awam yang meninggal dunia) kita boleh tanggung,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah, di sini malam ini.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai Datuk Seri Johari Harun antara yang berada dalam senarai penumpang pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, di Shah Alam, kira-kira 2.50 petang tadi.

Loke berkata turut tersenarai ialah dua juruterbang Shahrul Kamal Roslan dan Heikal Aras Abdul Azim, serta lima penumpang lain iaitu Kharil Azwan Jamaludin, Shaharul Amir Omar, Mohamad Naim Fawwaz Mohamed Muaidi, Muhammad Taufiq Mohd Zaki dan Idris Abdol Talib @ Ramali.

Katanya identiti dua lagi orang awam, masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang terlibat dalam insiden berkenaan akan disahkan melalui siasatan polis.

BACA: Lagi Rakaman Tular, Lebih Jelas Rakam Detik-detik Pesawat Terhempas Di Elmina

Sumber: Bernama

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma