Siakap Keli
mek habsah meninggal dunia
Kredit: Awani

Pelakon Mek Habsah Meninggal Dunia Akibat Penyakit Paru-paru

Pelakon Mek Habsah Meninggal Dunia Akibat Penyakit Paru-paru

Penyanyi, pelakon dan pelawak popular era 1980-an, Mek Habsah meninggal dunia akibat penyakit paru-paru, kira-kira 2.45 pagi Isnin, menurut cucunya, Huraimi Hilman, lapor Gempak.

Berita pemergian penyanyi berusia 67 tahun itu dimaklumkan oleh Huraimi menerusi laman Facebook.

Difahamkan, allahyarham Mek Habsah atau nama sebenarnya Habshah Bakar menghembuskan nafas terakhir di Institut Perubatan Respiratori (IPR) Kuala Lumpur.

“Selamat berehat nendaku Habshah Bakar. Innalillahiwainnailaihirajiunm. Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali,” memetik kapsyen yang ditulis.

Dalam pada itu, penyanyi Noorshila Amin turut memaklumkan berita sedih itu kepada orang ramai dan mendoakan agar arwah berada dalam kalangan mereka yang beriman.

“Dengan rasa hiba dah sedih. Dimaklumkan kekanda Mek Habsah telah kembali ke Rahmahtullah jam 2.30 pagi tadi.

“Dengan rendah hati saya mohon dapatlah sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. Semoga Allah ampuni dan tempatkan arwah di kalangan para Solihin,” titipnya.

Pada jam 10 pagi ini, jenazah arwah akan dibawa ke Masjid Bilal bin Rabah di Taman Koperasi Polis 1.

Manakala, kira-kira 2.30 petang ini pula, jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islan Raudhatul Sakinah Taman Selasih Fasa 2, Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Mek Habsah dikatakan terpaksa bergantung kepada pernafasan oksigen selepas disahkan mengalami sakit paru-paru sejak 20 tahun lalu oleh pakar.

Untuk rekod, Mek Habsah pernah melahirkan album atas siri Asam Pedas bersama Allahyarham Datuk Yahya Sulong dan Allahyarham Maidin sepanjang pembabitannya dalam seni.

Sumber: Gempak

BACA: Penyanyi & Pelakon Korea Selatan, Chung Lim Meninggal Dunia Akibat Kanser

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini