Siakap Keli
wanita cuci duit
Kredit: Viral 25/Facebook

Berkeladak, Wanita Cuci Duit Untuk Hilangkan Kotoran

Berkeladak, Wanita Cuci Duit Untuk Hilangkan Kotoran

Pada abad ke 17 dan 18, Belanda menggunakan kepingan logam atau lebih dikenali duit semasa melakukan perdagangan.

Itu jawapan yang anda temui sekiranya mencari di enjin carian Google.

Manakala, jawapan yang kemungkinan semua tahu ialah duit merupakan wang kertas yang paling digilai ramai, bukan sahaja dewasa malah kanak-kanak juga suka memegangnya. 

Kepingan logam tersebut adalah kesat, berbanding dengan kertas yang lain dan apabila memegangnya kita akan merasai perbezaan kedua-dua kertas itu.

Pernah terfikir tak, duit kertas yang ada dalam dompet kita, berada dalam keadaan bersih atau kotor? 

Sekalipun, wang kertas itu kotor kita tidak akan mencucinya dengan air, seperti mencuci baju yang kotor di mesin basuh.

BACA: Tengah Kira Duit Salam Kaut, Wanita Jumpa Duit RM20 Versi “Homemade”

Pekerja kantin cuci duit

Namun, berbeza pula keadaannya dengan dua wanita ini, yang bertindak untuk mencuci duit kerana tidak mahu kekotoran melekat padanya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Viral 25 ia menunjukkan seorang wanita sedang membasuh duit kertas RM1 di dalam singki.

Seorang wanita lagi, yang merakam keadaan tersebut menyatakan selepas habis sesi berjual beli, mereka sebagai penjual di kantin sekolah akan membasuh duit tersebut.

Dalam video berdurasi 60 saat itu, boleh dilihat wanita tersebut mencuci duit berkenaan seakan-akan membasuh pakaian.

Duit yang berada dalam bekas berisi air itu digaul menggunakan tangan berkali-kali untuk memastikan segala kotoran yang melekat itu hilang.

Kredit: Viral 25/Facebook

Lebih mengejutkan, air di dalam bekas tersebut berubah warna, terlihat seperti air tanah kerana warnanya berubah kepada warna coklat.

“Lepas sahaja niaga di kantin, terus suruh pekerja cuci duit.

“Tengok air tu, berkeladak.

“Sekarang proses mengelap. Sudah lap, letak dalam bekas lain,” katanya menerangkan keadaan tersebut.

Selepas berkali-kali membasuh duit tersebut, wanita itu kemudiannya membuang air dan mula mengelap wang kertas berkenaan supaya ia kering.

Dia mengelap wang tersebut kerana mahu memastikan ia tidak menjadi rosak dan boleh digunakan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya, yang rata-rata terkejut melihat tindakan wanita itu.

Saksikan video di bawah ini.

Sumber: Viral 25/Facebook

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana