Siakap Keli
pesawat terbang rendah tldm
Gambar: Bernama

Jangan Cemas Pesawat Terbang Rendah – TLDM

Jangan Cemas Pesawat Terbang Rendah – TLDM

IPOH, 4 Okt (Bernama) — Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengingatkan orang ramai agar tidak cemas atau bimbang jika melihat pesawat tentera terbang rendah di beberapa kawasan sekitar Lumut, Sitiawan terutamanya di ruang udara Manjung, bermula esok (5 Okt).

TLDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang melaksanakan persiapan bagi Hari Angkatan Tentera Malaysia ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut yang akan berlangsung pada 10 Oktober dengan persembahan Perbarisan Tempur Statik dan Demonstrasi Keupayaan ATM.

Menurut kenyataan itu, ia akan melibatkan penerbangan taktikal paras rendah beberapa pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter milik ATM, disertai demonstrasi melibatkan bahan letupan.

BACA JUGA: Nak Turun Bukit Ada Caranya, Buat Ni Untuk Elak “Brake Disc” Kereta Berasap

Raptai atau latihan bagi persiapan acara ini akan bermula esok.

Sementara itu, orang ramai turut dijemput ke Karnival Hari ATM 2023 di Pangkalan TLDM Lumut pada 13 hingga 15 Oktober dengan pelbagai aktiviti serta pameran ditampilkan, yang melibatkan cabang Darat, Laut dan Udara dalam ATM.

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?