Siakap Keli
Gambar via Abang Salai

‘Buang Akar Dulu’, Abang Salai Kongsi Cara Tanam Pokok Pisang

‘Buang Akar Dulu’, Abang Salai Kongsi Cara Tanam Pokok Pisang

Ada sesiapa yang suka makan pisang? Atau buat pisang goreng untuk makan petang? Tapi tak mahu asyik keluarkan duit untuk membeli pisang kerana anda mahu menjimatkan duit?

Atau anda seorang yang suka tanam pokok-pokok dan bunga? Asyik tanam bunga ros, aloe vera dan daun pandan saja, apa kata anda tanam pokok pisang pula?

Marilah kita belajar cara nak tanam pokok pisang. Yang teringin nak ada kebun pisang sendiri, bolehlah ikut tip yang dah dikongsikan oleh Abang Salai!

Pertama sekali, sama seperti cara tanam anak kelapa sebelum ini, kita harus membuang akar pada anak pokok pisang sebelum menanamnya. Anda mesti terfikir, apa pula tujuan membuang akarnya?

Tujuannya, sekiranya kita tanam anak pokok pisang yang mempunyai akar yang panjang, ia mungkin akan patah dan ia boleh menyebabkan pokok pisang terbatut. Jadi, membuang akar dapat membantu anak pisang untuk tumbuh dengan baik.

Gambar via Abang Salai

Selepas itu, bancuhkan terlebih dahulu racun Furadan dan rendamkan anak pokok pisang yang telah dibuang akarnya, semalaman. Ini untuk mengelakkan daripada serangga-serangga dan anai-anai daripada merosakkan anak pokok pisang itu.

Apabila sudah ditanam, anda perlulah rajin untuk menyiramnya pada awalnya untuk supaya anak pokok pisang itu tidak mati.

Rahsia Pokok Pisang

Abang Salai juga berkongsi pengetahuan yang orang ramai mungkin tidak tahu. Menurutnya, orang ramai berpendapat bahawa pokok pisang tidak boleh hidup sekiranya tiada akar dan akan membuang anak pokok yang tiada akar itu. Namun, itu tidak benar.

Katanya, pokok pisang merupakan satu-satunya pokok yang amat mudah untuk hidup. Abang Salai memberitahu yang akar yang dipotong dari anak pokok pisang masih boleh hidup dan tumbuh dengan baik walaupun dibelah empat.

Maksudnya, anda tak perlulah risau ketika menanam anak pokok pisang. Dengan tip yang telah dikongsikan, harapnya tanaman anda semua akan membuahkan hasil. Selamat bercucuk tanam kepada anda semua!

Sumber: Abang Salai

BACA JUGA: Pati Baja Kulit Telur, Resipi Untuk Membantu Kelekatan Bunga

Nurul Alya