Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ahmad Zahid Dalam Tempoh Berehat Sebelum Kembali Bertugas 

Iqbal Yasir
ahmad zahid tempoh berehat
Gambar: Facebook Zahid Hamidi

Ahmad Zahid Dalam Tempoh Berehat Sebelum Kembali Bertugas

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau kini dalam tempoh berehat seperti yang dinasihatkan oleh doktor, sebelum kembali bertugas..

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah memberitahu perkara itu menerusi catatan di Facebook hari ini .

BACA JUGA: SPRM Beku Akaun Aman Palestin

Timbalan Perdana Menteri turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan beliau selepas menjalani pembedahan baru-baru ini.

“Terima kasih sekali lagi kepada semua yang mendoakan dan memberikan sokongan. Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan serta menempatkan kita semua dalam rahmat dan kasihNya. Aamiinn,” katanya.

Pada Ahad anak Ahmad Zahid, Datuk Nurul Hidayah memberitahu keadaan kesihatan bapanya baik selepas selesai menjalani satu prosedur pembedahan Khamis lepas.

Sumber: BERNAMA