Popular Dengan Watak Nanami Dalam JJK, Kenjiro Tsuda Jadi Pelakon Suara Garakakus Dalam Mechamato
Filem animasi terkenal Malaysia, Mechamoto yang dilaporkan bakal ditayangkan di Jepun pada Januari depan telah menjadi buah mulut daripada peminat animasi terbabit.
Apa yang menarik mengenai Mechamato untuk pasaran Jepun ini adalah penglibatan seorang pelakon suara terkenal negara tersebut, Kenjiro Tsuda.
Jika anda penggemar siri anime Jepun, nama Kenjiro Tsuda sudah pasti sudah tidak asing lagi. Beliau memiliki suara emas dan sering memberikan impak menerusi watak-watak yang meminjam suaranya.
Terbaru, beliau menjadi pelakon suara untuk watak Nanami dalam anime terkenal tahun ini, Jujutsu Kaisen.
Berita gempar tersebut dikongsikan oleh pengguna laman X yang bernama @boboibo_y baru-baru ini.
Menariknya, perkongsian berkenaan turut dihantar semula oleh seorang pengasas bersama, pemilik dan CEO Animonsta Studios Sdn. Bhd, Nizam Abd Razak.
Menurut perkongsian tersebut, Kenjiro dikatakan bakal membawa watak Jeneral Grakakus yang merupakan watak antagonis utama dalam animasi tersebut.

Jeneral Grakakus adalah pemburu Power Sphera dan mengejar Mechabot untuk mendapatkan kuasa
“Filem Mechamoto bakal tiba di Jepun. Kenjiro Tsuda akan memainkan watak Jeneral Grakakus, musuh utama filem ini.
”Pelakon alih suara terkenal anime bakal muncul dalam Mechamato. Saya merupakan peminat anda, ini adalah berita baik,” tulis muat naik tersebut.
Mechamato adalah animasi keluaran syarikat Monsta yang turut menghasilkan sebuah lagi siri animasi popular Boboiboy.
Cipta Sejarah, Filem Mechamato Menang Anime Fan Award Di Tokyo
Terdahulu, Mechamato mencipta sejarah apabila memenangi tempat pertama bagi kategori Anime Fan Award di Tokyo Anime Award Festival (TAAF) 2023.
Difahamkan, keputusan itu diumumkan menerusi laman rasmi TAAF di mana filem tersebut menerima sebanyak 40,590 undian daripada peminat.
Mechamato sekaligus mengalahkan filem animasi lain seperti TIGER & BUNNY 2 Part 1 dan Dragon Ball Super: Super Hero.
Di media sosial, Nizam Abd Razak berkongsi kegembiraan mengenai Mechamato menang Anime Fan Award dengan orang ramai.
“Pertama kali dimenangi oleh animasi luar Jepun, Mechamato cipta sejarah dengan anugerah ‘Anime Fan Award’ di Tokyo.
“Mechamato berjaya mendapat nombor 1 kategori Anime Fans Award di Tokyo Anime Award Festival 2023. Terima kasih semua atas undian dan sokongan” katanya pada Khamis.
Tambah Nizam, Mechamato merupakan animasi luar Jepun pertama yang menangi kategori tersebut.
“Rupanya Mechamato merupakan animasi luar Jepun yang pertama memenangi kategori ini di Tokyo Anime Award Festival” ujarnya.
メカアマトMOVIE日本上陸!
今作の敵方にあたるグラカカス将軍を演じるのは津田健次郎さん!アニメファンで彼を知らない人はいない超大物声優がメカアマトに登場します!私も大ファンなのでもう嬉しすぎるニュースです😭#メカアマトムービー #メカアマト #津田健次郎 #Mechamato #MechamatoMovie pic.twitter.com/2xR8UI7hhI
— ボボイボーイ&メカアマト (@boboibo_y) November 20, 2023
Sumber: X/@boboibo_y