Siakap Keli
mechamato menang anime fan award
Kredit: Twitter @nizamabdrazak

Cipta Sejarah, Filem Mechamato Menang Anime Fan Award Di Tokyo

Cipta Sejarah, Filem Mechamato Menang Anime Fan Award Di Tokyo

Pertama kali dimenangi oleh animasi luar Jepun, Mechamato mencipta sejarah apabila memenangi tempat pertama bagi kategori Anime Fan Award di Tokyo Anime Award Festival (TAAF) 2023.

Difahamkan, keputusan itu diumumkan menerusi laman rasmi TAAF di mana filem tersebut menerima sebanyak 40,590 undian daripada peminat.

Mechamato sekaligus mengalahkan filem animasi lain seperti TIGER & BUNNY 2 Part 1 dan Dragon Ball Super: Super Hero.

Di media sosial, Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios, Nizam Abd Razak berkongsi kegembiraan mengenai Mechamato menang Anime Fan Award dengan orang ramai.

Kredit: Twitter @nizamabdrazak

BACA: “Nak Makan Mana?” 5 Benda Kecil Boleh Punca Bergaduh, No 4 Tu Paling Tak Berbaloi Tapi Ramai Boleh ‘Relate’

“Pertama kali dimenangi oleh animasi luar Jepun, Mechamato cipta sejarah dengan anugerah ‘Anime Fan Award’ di Tokyo.

“Mechamato berjaya mendapat #1 kategori Anime Fans Award di Tokyo Anime Award Festival 2023! Terima kasih semua atas undian dan sokongan!” katanya pada Khamis.

Tambah Nizam, Mechamato merupakan animasi luar Jepun pertama yang menangi kategori tersebut.

“Rupanya Mechamato merupakan animasi luar Jepun yang pertama memenangi kategori ini di Tokyo Anime Award Festival!” ujarnya.

MONSTA Usahakan Tayangan Mechamato Di Jepun, Guna Suara Latar Pelakon Sana

Sebelum ini, Nizam dilaporkan sedang mengusahakan tayangan Mechamato di Jepun dan turut merancang platform yang sesuai untuk.

“MONSTA sedang berusaha untuk tayangan Mechamoto Movie di Jepun. Kami sedang merancang sama ada tayangan di pawagam ataupun di platform OTT seperti Netflix, atau kedua-duanya sekali,” tambah Nizam di Twitter.

Nizam turut memaklumkan penyuntingan filem tersebut akan berlainan daripada tayangan asal yang ada di Malaysia pada ketika ini.

“Pelakon-pelakon suara Jepun dijangka sama dengan Mechamato Series. Suntingan Mechamato Movie juga akan berlainan dari tayangan di Malaysia sekarang ini,” maklumnya.

Mechamato menceritakan kisah seorang lelaki yang bernama Amato, di mana dia menjumpai sebuah kapal angkasa yang membawa robot jahat terhempas di bumi.

Robot dikenali Mechabot itu mempunyai kebolehan untuk menjadikan sesuatu objek sebagai alat berteknologi tinggi.

Sumber: Nizam Abd Razak via Facebook

BACA: MONSTA Usahakan Tayangan Mechamato Di Jepun, Guna Suara Latar Pelakon Sana

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana