Siakap Keli
peraturan sin-bins bola sepak
Gambar: AFP

Mirip Rugby, Peraturan “Sin-bins” Dicadang Untuk Fasa Percubaan Dalam Bola Sepak

Mirip Rugby, Peraturan “Sin-bins” Dicadang Untuk Fasa Percubaan Dalam Bola Sepak

Peraturan sin-bins yang terkenal dalam beberapa sukan mungkin akan diperkenal dalam saingan elit bola sepak dengan fasa percubaan dicadang untuk dilaksanakan dalam beberapa liga utama.

Menurut GOAL, Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB) bersetuju untuk memulakan fasa percubaan peraturan tersebut dalam saingan liga utama Eropah.

Peraturan “10 minute sin-bins” mula diperkenalkan dalam saingan bola sepak pada 2019/2020 di England, bagaimanapun terhad untuk saingan amatur dan peringkat akar umbi.

Peraturan sin-bins dicadangkan untuk dilaksanakan secara percubaan dalam sukan bola sepak

Tujuan pengenalan peraturan tersebut adalah mengurangkan kekasaran taktikal yang dilakukan oleh para pemain sehingga menjejaskan perlawanan.

Menurut GOAL lagi, peraturan yang diperkenalkan itu mirip dengan peraturan sin-bins yang diamalkan di dalam sukan rugby.

Berdasarkan peraturan berkenaan, mana-mana pemain yang melakukan kekasaran taktikal akan diperintahkan untuk keluar daripada padang selama 10 minit. Pemain berkenaan juga akan dilayangkan kad kuning.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekuti IFAB, Mark Bullingham berkata, dengan peraturan ini, para pemain mungkin berfikir dua kali sebelum melakukan sebarang kekasaran.

“Sesetengan pemain memang berniat melakukan kekasaran. Ada yang kata ini adalah kekasaran taktikal atau kekasaran profesional.

“Tetapi kekasaran-kekasaran yang dibuat ini menghalang serangan balas lawan yang berpotensi memberikan gol. Mereka melakukannya kerana tahu hanya akan dilayangkan kad kuning. Kami rasakan ini akan merosakkan permainan.

“Jadi, dengan adanya peraturan sin-bins, pemain mungkin akan berfikir dua kali untuk melakukan kekasaran taktikal,” katanya.

Menurut Bullingham lagi, sejak dilaksanakan diperingkat akar umbi, mereka melihat peraturan itu mampu bertindak sebagai satu pencegahan.

“Pemain tahu dengan risiko yang menanti, jadi mereka tidak melakukan kekasaran tersebut. Kami harap, perubahan yang sama dapat dilihat nanti,” katanya.

Bagaimanapun, beberapa pemerhati bola sepak melihat pelaksanaan peraturan ini bakal meragut keindahan dan dramatik yang ditawarkan dalam sukan bola sepak.

Sekiranya berjaya dilaksanakan secara rasmi, ia dianggap sebagai perubahan terbesar dalam peraturan bola sepak sejak undang-undang offside diperkenalkan.

Selain peraturan berkenaan, IFAB juga berbincang untuk memperkasa peranan VAR di dalam perlawanan. Antaranya untuk menentukan kesahan keputusan memberikan sepakan penjuru yang dibuat pengadil.

BACA: India: 41 Pekerja Terperangkap Dalam Runtuhan Terowong Diselamatkan Selepas 17 Hari

Sumber: GOAL, Sky Sport, BBC

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.