Siakap Keli
Gambar: kak_t68 via TikTok

Resipi Ayam Tandoori Homemade

Resipi Ayam Tandoori Homemade

Kadang-kadang kalau anda keluar melepak bersama rakan-rakan di kedai mamak, pasti akan ada yang makan ayam tandoori kan? Lebih-lebih lagi sekiranya ayam tandoori itu dimakan dengan roti naan atau naan cheese. Rasa sedap yang tak terhingga!

Tapi, kalau hari-hari kena keluar ke kedai mamak sebab nak makan ayam tandoori, tak boleh jugak. Boleh ‘pokai’ nanti sebab asyik keluarkan duit saja. Jadi, apa kata anda cuba resipi ayam tandoori homemade ini? Boleh lah anda masak sendiri saja setiap kali rasa teringin nak makan ayam tandoori!

Bahan-Bahan

Kalau dah namanya ayam tandoori, anda mestilah perlukan ayam untuk membuatnya. Jadi, anda perlukan enam ketul peha ayam, sebiji lemon dan garam.

Bahan-bahan untuk perap ayam pula adalah, bawang putih kisar dan halia kisar. Anda juga memerlukan serbuk cili, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih, serbuk kunyit, garam masala, serbuk lada hitam, perasa tambahan, yogurt, minyak zaitun dan juga perwarna warna merah.

Sukatan untuk bahan-bahan yang dinyatakan adalah, setengah sudu besar bawang putih kisar, setengah sudu besar halia kisar, setengah sudu besar serbuk cili, satu sudu besar serbuk ketumbar, satu sudu besar serbuk jintan putih, dan satu sudu besar serbuk kunyit.

Sukatan yang lain pula adalah, satu sudu besar garam masala, satu sudu besar serbuk lada hitam, setengah sudu perasa tambahan, secawan yogurt, setengah cawan minyak zaitun dan satu penutup kecil perwarna warna merah.

Cara-Cara Membuatnya

Mula-mula, anda perlu gaulkan ayam bersama perahan lemon dan garam secukup rasa. Selepas digaul, letak ditepi dulu. Kemudian, anda masukan bahan-bahan untuk perap ayam ke dalam bekas dan gaulkan sehingga sebati. Selesai menggaul, anda tuangkan bahan perapan itu ke atas ayam dan gaulkan ayam bersama bahan.

Perap ayam selama satu jam. Kalau nak lebih sedap, anda boleh perap ayam itu semalaman. Selepas diperap, bakar ayam dalam ketuhar dengan suhu 18o darjah celsius selama 30 minit. Selesai 30 minit, keluarkan ayam untuk dibalikkan dan bakar semula dengan suhu yang sama selama 20 minit.

Dah habis bakar ayam, anda keluarkan dari dalam ketuhar dan hidangkan ayam tandoori itu. Haa, siap dah ayam tandoori homemade anda! Selamat mencuba!

@kak_t68

Ayam Tandoori Bahan2: 🍗6 keping Chicken Leg Quarter 🍗1 biji Lemon 🍗Sedikit Garam 📍 Sapu ayam dengan garam dan perahan lemon.. Biarkan seketika.. Bahan2 perapan ayam: 🍃1 1/2 sb Bawang Putih kisar 🍃1 1/2 sb Halia kisar 🍃1 1/2 sb Serbuk Cili 🍃1 sb Serbuk Ketumbar 🍃1 sb Serbuk Jintan Putih 🍃1 sb Serbuk Kunyit 🍃1 sb Garam Masala 🍃1 sb Serbuk Lada Hitam 🍃1 1/2 sk Garam 🍃1 1/2 sk Cukup Rasa Maggi 🍃1 cawan Yogurt 🍃1/2 cawan Olive Oil 🍃Sedikit Pewarna Merah 📍Perap ayam dengan semua bahan diatas sekurang2 nya 1jam..Lebih sedap sekiranya diperap semalaman.. 📍Bakar ayam dalam oven dengan kepanasan 180c selama 30minit.. 📍Kemudian balikkan ayam dan bakar lagi lebih kurang 20min.. 📍Siap.. #fyp #foryoupage #tandoorichicken #ayamtandoori #indianfood #resepidiet

♬ original sound – NHA – Hayati Abdullah

Sumber: kak_t68

BACA JUGA: Resipi Ayam Masak Lemak Cili Api ‘Bujang Style’

Nurul Alya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.