Siakap Keli
lelaki dipenjara kahwin dua
Kredit: BERNAMA

Lelaki Dipenjara Tiga Tahun, Kahwin Dua Tanpa Pengetahuan Isteri

Lelaki Dipenjara Tiga Tahun, Kahwin Dua Tanpa Pengetahuan Isteri

Seorang lelaki diperintah menjalani hukuman penjara tiga tahun atas kesalahan melangsungkan perkahwinan kedua tanpa pengetahuan isteri pertamanya di Karachi pada Isnin, lapor The Nation.

Difahamkan, isteri pertama lelaki itu memfailkan perkara tersebut kerana berang dengan tindakan suaminya yang mengahwini isteri kedua secara ‘haram’.

Ketika perbicaraan, peguam Saleem Michael berkata tertuduh tidak boleh dibenarkan untuk berkahwin dua di bawah Akta Perkahwinan Kristian.

Jelasnya, perkahwinan yang dibuat tanpa kehadiran isteri pertama adalah satu perbuatan yang dipercayai menyalahi undang-undang Kristian.

Selepas mendengar hujah, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM494 ke atas tertuduh.

Isteri pertama tertuduh memfailkan kes terhadapnya di Balai Polis Mehmood Abad. 

Polis segera mendaftarkan kes itu mengikut arahan mahkamah, seterusnya menggariskan akibat undang-undang yang dihadapi oleh individu yang didapati bersalah melakukan pelanggaran tersebut.

Dua mayat dalam tangki air universiti

Dalam perkembangan lain, tular di media sosial negara jiran penemuan dua mayat tanpa identiti dipercayai mati dalam tangki air di tingkat sembilan Universiti Prima Indonesia (UNPRI) kampus Medan, Sumatera Utara, lapor Tribun News.

Dalam video tular tersebut ia menunjukkan dua mayat terbaring tidak bernyawa di dalam tangki yang berisi air.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Medan, Pesuruhjaya Teuku Fathir Mustafa berkata pihaknya menerima maklumat tersebut dan telah menggerakkan anggotanya ke kawasan itu.

Sumber: The Nation, MMNews

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana