Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Mayat Lelaki Warga Emas Ditemukan Terdampar Di Sungai Kedah

Nurhanis
mayat lelaki sungai kedah
Kredit: Bomba

Mayat Lelaki Warga Emas Ditemukan Terdampar Di Sungai Kedah

ALOR SETAR, 19 Dis (Bernama) — Mayat seorang lelaki warga emas ditemukan terdampar di tebing pasir Sungai Kedah berhampiran kawasan Ampang Jajar, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata polis sebelum itu telah menerima laporan berhubung kehilangan mangsa yang berusia 62 tahun itu, semalam.

“Pada pukul 9 pagi tadi, pihak polis Kota Setar yang membuat pemantauan di sekitar Sungai Kedah di kawasan Ampang Jajar telah menemukan satu mayat yang terdampar di tebing pasir sungai berkenaan berdekatan Restoran Ampang Bay.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah membantu membawa naik mayat mangsa dari tebing pasir sungai ke kawasan daratan,” katanya dalam kenyataan di sini, Alor Setar hari ini.

BACA: Mayat Akauntan Disyaki Dibunuh Ditemukan Di Tepi Jalan

Beliau berkata mayat mangsa yang lengkap berpakaian tanpa identiti pengenalan diri itu dipercayai bersangkut dengan laporan orang hilang yang diterima polis, semalam.

“Ini berdasarkan pengecaman oleh waris mangsa yang turut berada di lokasi penemuan mayat. Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, di sini untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Sumber: BERNAMA

BACA: Mayat Dalam Tangki Universiti: Bukan Dua Tapi Lima