Siakap Keli
Peguam Sulaiman Abdullah Meninggal
Kredit BERNAMA

Peguam Terkenal Sulaiman Abdullah Meninggal Dunia

Peguam Terkenal Sulaiman Abdullah Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) — Peguam terkenal Datuk Sulaiman Abdullah yang pernah terlibat dalam kes-kes berprofil tinggi, meninggal dunia pada umur 77 tahun, semalam.

Anaknya, Huzir yang mengesahkan perkara itu menerusi pesanan whatsapp berkata walaupun tahap kesihatan bapanya tidak menentu sejak akhir-akhir ini, pemikirannya tetap tajam, masih suka berseloroh.

“Arwah masih terus mewakili pelanggan, di samping berkhidmat dalam pelbagai jawatankuasa dan panel penasihat. Semoga Allah menempatkan rohnya dalam kalangan orang-orang yang beriman.

“Istiadat pengebumian akan berlangsung hari ini di Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Jalan Templer, Petaling Jaya, pada 1.10 tengah hari, selepas solat zohor,” katanya.

Pada 2018, Sulaiman dilantik sebagai pendakwa utama dalam perbicaraan kes dana SRC International Sdn Bhd yang membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

BACA: Penyanyi Veteran, Datuk M Daud Kilau Meninggal Dunia

Huzir berkata beliau akan menganjurkan majlis memperingati arwah secara dalam talian dalam beberapa minggu, yang dibuka kepada orang ramai.

“Sekiranya ada pihak dalam komuniti perundangan negara yang berhasrat menganjurkan majlis memperingatinya, saya mengalu-alukannya,” katanya.

Peguam veteran itu pernah menjadi Presiden Majlis Peguam dari tahun 2000 hingga 2001, di samping pernah menjadi peguam kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Arwah juga pernah mewakili isteri kepada bekas duta besar Malaysia ke Amerika Syarikat Tan Sri Jamaluddin Jarjis, Puan Sri Kalsom Ismail dalam tuntutan berkaitan harta sepencarian atau pembahagian faraid di mahkamah syariah.

Di samping itu arwah juga pernah terlibat dalam kes berkaitan krisis perlembagaan Perak susulan penyingkiran bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin pada 2009.

Sumber: BERNAMA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka