Siakap Keli
Host MPL Malaysia
Gambar: Siakap Keli

Enam Bulan Berlatih Buang Pelat Kedah, Kini Bergelar Host MPL Malaysia

Enam Bulan Berlatih Buang Pelat Kedah, Kini Bergelar Host MPL Malaysia

Bergelar sebagai pengulas profesional dalam e-sukan tanah air dan pada masa yang sama seorang pelajar universiti bukanlah sesuatu yang mudah.

Lebih-lebih lagi, e-sukan atau permainan dalam talian yang dahulunya dianggap tidak berfaedah kini semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Walau bagaimanapun, aspek pengurusan masa sangatlah penting agar seimbang antara pencapaian akademik dan kokurikulum.

Begitulah kisah seorang graduan yang baru sahaja menamatkan pengajiannya di salah sebuah universiti terkemuka tanah air, tidak menyangka niatnya untuk terlibat dalam sebuah program secara sukarela ketika zaman diploma dahulu kini membawa “tuah” hingga ke pentas global.

Muhammad Shamil Bin Shuk Keri, 24, berkongsi pengalamannya sebagai seorang pengulas atau host dalam e-sukan dalam segmen khas yang dibawakan oleh Siakap Keli, Ini Kisah Aku.

Gambar: Siakap Keli

Titik Mula Menceburi Bidang Pengulasan

Gambar: Instagram @shamilo_milo

Shamil atau lebih dikenali dengan nama Shamilo sewaku ditemu ramah berkata seperti kebanyakan mahasiswa yang lain, di mula menceburkan diri dalam bidang ini sewaktu terlibat dalam program-program anjuran Universiti.

Katanya, pada suatu hari, hatinya tergerak untuk menawarkan diri sebagai pengulas dalam sebuah program ketika belajar di peringkat diploma di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

BACA: Tinggal Kerja Gaji RM10k, Tak Sangka ‘Donut Nenen’ Ubah Hidup Sekelip Mata

“Waktu tu, ada event-event kecil sahaja. Tawar diri sendiri sebenarnya untuk menyertai sebagai pengulas disebabkan event tu sepi tiada pengulas dan pemain hanya bermain semata-mata.

“Bermula dari situ saya rasa timbul minat untuk menjadi seorang pengulas,” katanya.

Benarlah kata orang “tak kenal maka tak cinta” bukan?

Menyedari minat yang timbul dalam bidang baharu itu, Shamilo mencuba nasib dalam satu ujibakat Malaysian Professional League Invitational (MPLI).

Gambar: Instagram @shamilo_milo

Enam Bulan Berlatih Buang Pelat Kerana Ditolak

Walau bagaimanapun, sewaktu sesi terakhir temu bual MPLI, dia tidak dipilih hanya disebabkan mempunyai pelat bahasa Kedah.

Tidak berputus asa atas perkara itu, Shamilo  berkata dia menghabiskan masanya sekitar enam bulan untuk berlatih bertutur dalam bahasa baku sebelum berjaya menjadi salah seorang pengulas Liga Profesional Mobile Legend Bang Bang (MPL) Malaysia hingga ke hari ini.

Mengulas lebih lanjut mengenai liku-liku sebelum bergelar seorang host profesional, Shamilo mendedahkan dia pernah bekerja sebagai penghantar makanan hanya untuk membeli sebuah komputer berharga sekitar lebih RM1,000.

Berkat titik peluhnya membuahkan hasil apabila dia menerima surat tawaran daripada MPL Malaysia sebagai host.

Namun, apa yang paling tidak boleh dilupakan olehnya adalah dia terpaksa melepaskan tawaran pengulas MPL musim ke-7 untuk sementara akibat kontak rapat COVID 19 pada awal pandemik ketika itu. Perkara itu sedikit sebanyak memberi kesan terhadap dirinya lebih-lebih lagi ia merupakan tawaran dinantikannya.

BACA JUGA: “Buat Sampai 40-50 Pek, Yang Laku 5”, Kisah “Superwoman” Cekal Berniaga La’sa Joho

Bagai bulan jatuh ke riba, apabila dia sekali lagi ditawarkan untuk menjadi pengulas e-sukan namun pada peringkat yang jauh lebih tinggi iaitu di peringkat Sukan SEA.

“Alhamdulillah rezeki tak pernah putus dan Allah dah tentukan. Walaupun tak dapat untuk liga. Dia terus bagi yang lagi besar, dia bagi peringkat Sukan SEA terus,” ujarnya kepada SK.

Buktikan Pada Keluarga

Gambar: Instagram @shamilo_milo

Pengulas berusia 24 tahun itu menjelaskan, kedua ibu bapanya sukar menerima bidang kerjaya yang sedang diceburi oleh anak mereka pada awal keterlibatan. Apatah lagi ibu dan ayahnya berlatarbelakangkan seorang pendidik.

“Pada permulaannya sangat sukar, sebab mak dan ayah saya seorang cikgu. Jadi dalam bidang pendidikan ni tentulah saya faham bagaimana pemikiran mereka juga untuk pastikan anak-anak dia berjaya terutamanya eSport adalah bidang baharu.

“Nak buktikan kepada keluarga tu sangat susah disebabkan berlatarbelakangkan pendidikan dan sebagainya,” katanya.

Gambar: Instagram @shamilo_milo

Berkat tawaran yang mencurah-curah tanpa henti sedikit sebanyak membantunya menampung duit poket untuk belajar malah membantu ahli keluarga telah membuka mata ibu bapanya bahawa kerjaya itu mampu menambah kemahiran diri dan menampung kehidupan.

Tambahnya, sepanjang bergelar caster MPL, momen yang paling tidak dilupakan olehnya adalah duduk sebaris dengan pengulas-pengulas profesional dari global.

Gambar: Instagram @shamilo_milo

“Waktu tu kita ada satu event Mobile Legends Southeast Asia Cup 2022 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) Kuala Lumpur. Waktu tu semua international caster turun daripada Indonesia, Filipina, Singapura.

“Jadi kita berkongsi pendapat as international talent. Jadi dekat situ kita dapat belajar banyak benda dan acara tu ramai orang datang dari seluruh dunia peminat MLBB,” luahnya.

Tak Susah Ke Bahagi Masa Sebagai Mahasiswa?

Gambar: Instagram @shamilo_milo

Apabila ditanyakan bagaimana untuk seimbangkan pelajaran dan e-sukan, Shamilo berkata, bukan mudah untuk bergelar seorang mahasiswa dan dalam masa yang sama seorang host Mobile Legend. Pengurusan masa sangatlah penting bagi memastikan keseimbangan dalam akademik dan kokurikulum.

BACA JUGA: “Kalau Tak Sabar Memang Gulung Tikar,” Tauke Tumez Cerita Pernah Dapat Untung RM1 Je

Meskipun dalam kesibukannya sebagai seorang pelajar, dia berjaya menamatkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda pada bulan Ogos lalu.

Jana Pendapatan Lima Angka Dalam Sebulan

Bukan itu sahaja, sewaktu ditanya mengenai pendapatan, Shamilo menjelaskan dia pernah menjana pendapatan sebanyak lima angka hanya dalam tempoh sebulan sewaktu belajar.

Bercerita mengenai hala tujunya selepas ini, Shamilo memberitahu dia telah menghabiskan waktu tujuh tahun dalam bidang kejuruteraan termasuk Diploma di UiTM Bukit Besi, Terengganu dan Ijazah Sarjana Muda di UiTM Shah Alam, Selangor.

Baginya, Ia bukanlah satu tempoh yang singkat. Sudah tentu, amat berat untuknya meninggalkan bidang yang dipelajari selama ini.

Oleh itu, Shamilo bercadang untuk terus menceburi bidang sense engineering di samping terus mengasah bakat seorang host e-sukan.

Gambar: Instagram @shamilo_milo

Kepada mereka yang mahu berkecimpung dalam bidang pengulasan ini, dia menasihati agar sentiasa tabah dan tidak berputus asa.

Shamilo percaya tiga prinsip yang dipegang olehnya iaitu mendapatkan pengalaman, pembangunan diri dan untuk menampung kos sara hidup adalah kunci kejayaannya.

Nak tahu dengan lebih lanjut mengenai kisah hidup Shamilo, host MPL Malaysia, saksikan temu bual yang dibawakan oleh SK di YouTube atau di bawah.

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?