Siakap Keli
bot karam dilanggar jerung
Gambar: Bernama

Bot Nelayan Karam Dilanggar Jerung Paus Di Langkawi

Bot Nelayan Karam Dilanggar Jerung Paus Di Langkawi

ALOR SETAR, 4 Jan (Bernama) — Lima nelayan tempatan selamat selepas bot mereka karam akibat dilanggar sekumpulan jerung paus berhampiran Pulau Balar, dekat Langkawi, malam tadi.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.30 malam daripada seorang pengadu yang memaklumkan bahawa bot dinaiki rakannya dikhuatiri karam.

“Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia telah menggerakkan Bot Kilat 6 untuk mengesan bot berkenaan. Kesemua nelayan berusia antara 23 hingga 58 tahun itu berjaya diselamatkan oleh bot nelayan lain yang berada berhampiran lokasi kejadian.

“Mereka memaklumkan bot terbabit terbelah dua akibat dilanggar sekumpulan jerung paus yang berada di kawasan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

BACA: Jangan Silap Letak Pelekat, Elak Bumbung Rumah Cepat Bocor

Beliau berkata kesemua nelayan terbabit tidak mengalami kecederaan dan dibawa ke Jeti Penarak, Langkawi.

“Komuniti maritim diingatkan supaya sentiasa membawa dan memakai jaket keselamatan ketika berada di laut dan membawa ‘personal locator beacon’ (PLB) sebagai alat keselamatan sekiranya berlaku kecemasan.

“Sebarang laporan mengenai aktiviti jenayah atau kecemasan di laut, boleh menghubungi Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis menerusi talian 04-9602750 atau talian kecemasan MERS 999,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?