Siakap Keli
mateen suami anisha
Kredit: rtbnews/Instagram

Putera Mateen Sah Jadi Suami Dayang Anisha

Putera Mateen Sah Jadi Suami Dayang Anisha

Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah secara rasmi telah menjadi suami kepada Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja yang diadakan di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan sebentar tadi, lapor Awani.

Acara kemuncak iaitu Majlis Bersanding Pengantin Diraja akan berlangsung pada 14 Januari di Istana Nurul Iman.

Semalam, Mateen dan pasangannya selesai menjalani istiadat berbedak pengantin Diraja di Istana Nurul Iman Brunei.

Kredit: rtbnews/Instagram

BACA: ‘Banyak Ragam’, Ini Sebab Kenapa Budak Sekolah Suka ‘Healing’ Kat Tandas

Sinar Harian melaporkan antara 10 hari majlis yang akan dijalankan, istiadat berbedak adalah majlis keempat yang telah disempurnakan oleh pasangan tersebut.

Sebagai permulaan istiadat, perarakan 40 pembawa tombok bersama tembakan meriam 17 das telah dilepaskan dan antara terawal dalam keluarga yang memulakan majlis itu adalah Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan isteri, Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta Pengiran Anak Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah.

Untuk pengetahuan, istiadat berbedak Diraja untuk Pengantin Lelaki (Lelaki) dan Pengantin Bini (Perempuan) telah dilakukan pada waktu malam mengikut adat istiadat Diraja Brunei Darussalam.

Sebelum ini, majlis bertunang telah diadakan dua hari lepas yang hanya dihadiri oleh keluarga rapat.

Sedikit latar belakang mengenai pasangan merpati dua sejoli itu, Mateen merupakan anak ke-10 dan Dayang Anisha Rosnah pula merupakan cucu kepada penasihat khas Sultan Brunei, iaitu Pehin Datuk Isa.

Sumber: Awani, Sinar Harian

BACA: Putera Mateen Berkahwin Januari Tahun Depan

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana