Siakap Keli

“Saya Nak Dengar Malaysia Menang” – Iwan

“Saya Datang Bukan Nak Tengok Malaysia Menang, Saya Nak Dengar Malaysia Menang” – Iwan

Walaupun Malaysia sudah menamatkan saingan dalam kempen Piala Asia kali ini, namun cerita-cerita ‘luar padanag’ masih hangat dibincangkan. Selain daripada kisah Derrick Gan yang menjual motosikal untuk ke Qatar, ada satu lagi kisah seorang penyokong Harimau Malaya istimewa  bersama abangnya di Qatar.

Walaupun kisah Wan yang Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihatan sudah mendapat perhatian dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), ada satu lagi sudut cerita yang dikongsikan oleh Iskandar Aiysah yang mengenali Wan dan abangnya di Qatar.

Kisah Wan atau nama sebenarnya Muhammad Ridzwan Erman Effendi,27, juga pernah ditulis di Siakap Keli pada 19 Januari yang lalu. Iskandar memulakan cerita apabila beliau ditegur oleh abang Wan meminta tolong untuk ambilkan gambar mereka berdua.

dengar malaysia menang

Iskandar merasa hairan apabila adiknya memandang ke arah lain dan tidak memandang kamera.

“Maaf tanya, adik awak ni memang tak nampak ke?,” tanya Iskandar.

“Haah bang, adik saya memang tak nampak dari kecik lagi,” jawab abangnya Raff Iskandar Erman Effendi.

Iskandar pun memanggil kawan-kawannya untuk memberitahu ada penyokong istimewa tengok bola di Qatar. Selepas dari itu, FAM pun panggil Wan dan abangnya untuk bertemu dengan Datuk Hamidin Mohd Amin, Presiden FAM, Kim Pan Gon serta beberapa pemain Harimau Malaya.

Menurut Iskandar, Kim Pan Gon benar-benar menghargai kehadiran Wan di Qatar dan sempat mengucapkan kepada Wan “We will fight!”. Selepas itu keluar ayat keramat dari mulut Wan di depan Tok Midin, Pan Gon, Faisal Halim Arif Aiman dan Shahrul Saad, “saya datang bukan nak tengok Malaysia menang, saya nak dengar Malaysia menang.”

Wan juga mahu mendengar laungan Siuuuuuu dari penyokong untuk meraikan gol jika Faisal Halim penjaringnya. Walaupun kita hampa dengan dua perlawanan pertama, namun hajat Wan untuk mendengar laungan Siuuuuu sebanyak tiga kali di Qatar selepas Faisal Halim menamatkan kemarau jaringan Malaysia di Piala Asia kali ini.

Hajat Wan untuk ‘dengar’ Malaysia menang belum kesampaian di pentas Piala Asia, setidak-tidaknya perlawanan terakhir itu sudah cukup membahagiakan Wan, abangnya Raff dan seluruh rakyat Malaysia apabila kita seri dengan pasukan pilihan, Korea Selatan 3-3.

Baca kisah penuh dari Iskandar Aiysah.

KISAH AKU, IWAN DAN SIUUUUUUUUU

Aku tengah sibuk cari gambar masa game lawan Jordan tempoh hari…tiba2 ada brother tegur “bang tolong amek gambar saya dengan adik saya boleh tak?” Aku pun amek hp die  amekkan gambar,aku perasan adik dia pandang kelain,aku pun amek gambar lepas tu tengok betul2 budak ni macam lain dari lain ni, aku pun tanye la abang die.” Maaf tanya adik awak ni memang tak nampak ke?” Abang dia pon balas “haah bang adik saya memang tak nampak dari kecik lagi” aku terdiam terus la aku tanya macam2.abang dia ni nama raff, adik dia iwan memang datang Doha ni utk bagi support untuk team Harimau Malaya kat Piala Asia 2023.

Terus aku meraban cari partner aku nazrin dengan kawan2 lain, Farah, Pokju, Abang Hairul.aku cakap dengan dorang ada orang buta datang dengan abang dia tengok bola kat sini!(sorry la kalau aku mention buta untuk cakap dia ni OKU penglihatan sebab masa ni aku tgh kelam kabut sebab rasa ni lain dari yang lain) dorang pon terus la jumpa interview bagai. Aku amek gambar bagai terus lari masuk pitch sebab game dah nak start.kira pasal iwan dengan raff ni stop kejap sebab aku fokus dgn game (malaysia down 4 -0 dengan jordan…hampeh betul)

Lepas tu aku saja borak dengan nazrin.pasal iwan ni kot2 la boleh bawak die jumpa Tok Midin.sebab dia ni bagi aku X faktor untuk supporter Malaysia (ultras tu toksah dok kira la sbb dorang memang semua orang kenal) ni maksud aku supporter yang memang datang untuk tgk game untuk adapted dengan game tapi tak mampu nak lihat cuma boleh dengar dengan bantuan abang dia sendiri.macam kisah sorang diehard supporter liverpool, Mike kearney yang kurang upaya penglihatan dengan sepupu dia Stephen Garcia yang viral tengok bola masa game EPL kat Andfield.Kisah ni sebijik macam ni.

 Habis cerita kat stadium Al- Janoub, Pihak FAM

Panggil untuk jumpa dengan iwan kat sini.inisiatif Tok midin dengan pengurusan player bawak iwan jumpa dengan Kim Pan Gon dengan player utk untuk naikkan semangat juang dorang ke paras yang tinggi dan aku nampak Kim Pan Gon betul2 hargai iwan dan kalau tak silap aku dengar dia cakap “WE WILL FIGHT ” dekat iwan.dan iwan jumpa dengan faisal halim, Arif Aiman, Shahrul Saad dan ayat keramat yang keluar dari mulut iwan dari dia jumpa Tok Midin, Kim Pan Gon, Mickey, Arif Aiman dan Badak “SAYA DATANG BUKAN NAK TENGOK MALAYSIA MENANG, SAYA NAK DENGAR MALAYSIA MENANG” dan dia nak dengar mickey “ SIUUUUUUUUUU” bila jaring gol nanti kalau score. Seronok dua beradik ni dapat jumpa player2 yang tengah berjuang demi secebis kemenangan untuk rakyat Malaysia.

dengar malaysia menang dengar malaysia menang dengar malaysia menang

2 game Harimau Malaya turn down dengan Jordan dan Bahrain.Frust tu semua satu malaya baik dengan orang2 kita kat bumi Doha terasa sampai jauh di lubuk hati rasa kekalahan tu tertikam. Tapi bagi iwan, tu bukan satu hal yang buat dia luntur nak datang last game jumpa Korea.Raff call dengan wassap aku cakap dia dengan iwan dan sampai Al- Janoub.Iwan masa ni memang aku rasa tunggu nak dengar SIUUUUUUU bergema satu stadium.

GOL!!!!!!! Mickey score!!!bergegar satu stadium.SIUUUUU!!!!!!!!!SIUUUUU!!!!!!!SIUUUUU!!!!! Bergema 3 kali!!!!aku tengok Son Heung Min dah start tension tengok mickey melompat celebrate gol depan die. Sampai arif Aiman dengan Romel score.yaaaaa!!!!Al-Janoub masa tu dah jadi Home ground kita!game last yang mungkin tak ada makna sebab kita tersingkir tapi ini lah yang satu MALAYSIA nak tengok!lawan dengan melawan!raff wassap aku cakap iwan menangis.korang boleh bayang tak orang yang tak boleh tengok dari kecik menangis bila bergema gol untuk Harimau Malaya.

Kisah Derrick jual motor tu kisah yang tengah viral.TAPI…bagi aku kisah aku,raff dengan iwan ade satu sudut istimewa yang aku rasa perlu aku cerita supaya orang nampak istimewa iwan.Iwan tak nampak tapi dia mendengar.Bagi aku Iwan adalah satu titik tolak kekuatan supporter Harimau Malaya di Doha yang orang tak nampak.Orang nampak Ultras Malaya tapi bagi aku itu biasa tapi iwan fuhhhhhhh…aku susah nak describe macam mana passion dengan harimau malaya sebab keadaan “istimewa”dia.mungkin ada orang boleh bagi motor sebagai galang ganti air mata untuk orang yang celik.aku harap ada jugak galang ganti untuk air mata IWAN.

Iwan datang dengan passion yang luar biasa.Raff pulak cekal ada setiap masa dengan adik dia untuk jadi mata iwan dalam stadium.Orang2 kat malaysia maki2 team kita bila kalah tapi iwan dengan raff simpan rasa kecewa dengan tetap menaruh harapan ada sesuatu yang skuad Kim Pan Gon akan bagi untuk rakyat Malaysia dari UTARA sampai SELATAN,SARAWAK sampai SABAH termasuk KUALA LUMPUR PUTRAJAYA dan LABUAN.

Iwan dengan Raff satu kisah yang akan tersemat kat hati aku.Sebagai jurugambar yang aku rasa ini lah GAMBAR yang bagi aku takkan dapat nak bagitaw special dia macam mana.iwan ni istimewa dia LAIN DARI YANG LAIN.Bagi sudut pandang peribadi aku, Iwan simbol kebangkitan emosi penyokong Harimau Malaya.mungkin orang akan mem”betah” aku, argue aku.kenapa tidak Ultras Malaya? Untuk aku Ultras simbol pemain ke 12 Harimau Malaya tapi IWAN, aku ulang…SIMBOL KEYAKINAN,KEBANGKITAN EMOSI penyokong Harimau Malaya.(sudut pandang aku sendiri).

MELIHAT ITU BELUM TENTU MENYOKONG SEPENUH HATI TAPI YANG MENDENGAR ITU SENTIASA MENYOKONG SEPENUH JIWA DAN NYAWA.

Ini KISAH AKU IWAN dan SIUUUUUU…

ini bukan level ekor tapi KUKU #harimamalaya

iskandarayoi 7.50 pagi Doha Qatar.

Sumber: Iskandar Aiysah

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)