Kelibat ‘Entiti’ Muncul Di CCTV Tuai Perhatian Ramai
Siang berganti malam, tentunya orang ramai waktu ini sudah pulang ke rumah untuk berehat setelah berpenat lelah menjalani rutin harian masing-masing.
Ketika ini, kegelapan malam mula menutupi memenuhi ruang bumi sambil ditemani cahaya bulan dan bintang.
Kebiasaannya, bunyi bising seperti kenderaan ‘hilang’ lebih-lebih lagi di kawasan yang kurang penduduk. Ia menjadikan suasana malam lebih menenangkan.
Namun, terdapat hidupan lain yang aktif pada sebelah malam termasuklah ‘entiti’ yang tidak ingin kita ketahui.
Baru-baru ini, satu kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang secara tidak sengaja merakam satu entiti yang tidak dikenali sedang merenung disebalik belakang pokok dipercayai di sebuah hutan di London, lapor Daily Star.
Difahamkan, kamera yang dipasang untuk tujuan melihat pergerakan rusa pada sebelah malam itu memaparkan dua bebola mata terpantul cerah ke arah kamera berkenaan.
Gambar: Fb Ghosts of LondonDalam klip berkenaan, mahkluk itu kelihatan berdiri dalam keadaan membongkok di dalam kegelapan hutan berkenaan.
Gambar berkenaan turut dimuat naik dalam Facebook kumpulan Ghosts of London.
“Ini adalah kamera yang dipasang di dalam hutan. Kamera ini dipasang untuk mengambil gambar apabila ia mengesan pergerakan dengan tujuan utama adalah mengambil gambar rusa dan hidupan liar lain,” tulis hantaran tersebut.
Susulan itu, timbul pelbagai persoalan dalam kalangan pengguna yang mendakwa status sebenar makhluk berkenaan. Rata-rata warga maya tidak menolak perkara itu berkaitan dengan makhluk ghaib.
Entiti Mirip Pocong Dirakam Terbang Atas Kereta
Sebelum ini, tular di media sosial yang memaparkan satu rakaman penampakan lembaga putih dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah bilik pameran kereta di kawasan, Jawa Timur di Indonesia.
Bayangan putih yang disyaki menyerupai pocong dilihat terbang melintasi kereta hingga meraih perhatian ramai susulan pergerakannya di CCTV itu hanya sekilas.
Dalam video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @_rama0591, kira-kira jam 6.22 pertang waktu Indonesia bilik pameran tersebut berada dalam keadaan lengang dan tiada kelibat manusia kelihatan.
Pelbagai jenis kenderaan berada di pameran tersebut dan ia diletakkan dalam keadaan tersusun.
Pun begitu, suasana yang hening itu membuatkan entiti tersebut memilih untuk keluar menonjolkan diri tetapi tidak perasan bahawa telah dirakam melalui CCTV.
Sumber: Daily Star