Siakap Keli
Gambar: AFP

Berlaku Dua Kali Setahun, Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Ekuinoks

Berlaku Dua Kali Setahun, Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Ekuinoks

Hari ini kita akan menyaksikan salah satu fenomena yang berlaku sebanyak dua kali setahun iaitu Ekuinoks. Secara lazimnya, ekuinoks merupakan indikator bagi perubahan musim di kawasan yang memiliki empat musim.

Perkataan Ekuinoks berasal daripada istilah latin iaitu equi yang bermaksud sama dan nox yang membawa maksud malam.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, peristiwa ini berlaku sebanyak dua kali dalam setahun iaitu sekitar 20 Mac dan 22 September.

Ekuinoks berlaku apabila kedudukan matahari berada tegak di atas Garisan Khatulistiwa.

ekuinoks
Kredit: Astro Awani

Sehubungan itu, perkara ini sedikit sebanyak menjadikan suhu di Bumi, khususnya di Garisan Khatulistiwa meningkat sedikit.

Selain itu, fenomena Ekuinoks ini juga akan menyebabkan tempoh siang dan malam sama di seluruh dunia, kecuali di Kutub Utara dan Selatan. Seluruh dunia akan mengalami waktu siang selama 12 jam dan waktu malam selama 12 jam.

Digunakan untuk melihat perubahan musim

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Ekuinoks merupakan indikator bagi melihat perubahan musim di kawasan-kawasan yang memiliki empat musim.

Ekuinoks Mac menandakan ketibaan musim bunga bagi kawasan-kawasan di Hemisfera Utara dan musim luruh di Hemisfera Selatan.

Selepas Ekuinoks Mac, titik subsolar akan bergerak ke arah utara, yang mana bahagian Hemisfera Utara akan condong ke arah utara.

Manakala, Ekuinoks September pula menandakan ketibaan musim luruh di Hemisfera Utara dan musim bunga di Hemisfera Selatan.

Titik subsolar akan bergerak ke arah selatan dan bahagian Hemisfera Selatan akan condong ke arah matahari selepas Ekuinoks September.

Bagi kawasan yang berada di Garisan Khatulistiwa pula, fenomena tengah hari tanpa bayang akan berlaku kerana ketika itu, matahari betul-betul berada di atas kepala.

Perayaan sewaktu Ekuinoks

Disebabkan fenomena ini menandakan perubahan musim, terdapat pelbagai budaya yang meraikan perayaan bersempena peristiwa ini. Malah, Hari Ekuinoks merupakan cuti umum di Jepun.

Bagi sekitar Ekuinoks September pula, Korea akan menyambut salah satu sambutan yang dikenali sebagai Chuseok, yang turut dikenali sebagai Hari Kesyukuran Korea.

Perayaan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan serta menghargai warisan pertanian di Korea yang cukup kaya dengan sejarah.

BACA: Tiga Penjaga Gol Pura-Pura Cedera, Beri Ruang Untuk Pemain Muslim Berbuka Puasa

Sumber: Astro Awani, Malaysian Meteorological Department via Facebook & National Geographic

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma