Siakap Keli
tip kupas kulit bawang
Gambar: TikTok @awangdapur

Bawang Tak Rosak, Lelaki Kongsi Tip Kupas Kulit Bawang Merah Dengan Cepat

Bawang Tak Rosak, Lelaki Kongsi Tip Kupas Kulit Bawang Merah Dengan Cepat

Setiap kali masuk ke dapur memasak, tentunya ada bahan-bahan yang sering digunakan dalam masakan seperti santan, minyak, sayur-sayuran dan banyak lagi.

Bawang juga antara salah satu bahan paling penting dalam kebanyakan masakan. Walau bagaimanapun, ramai antara kita akan sentiasa ‘mengelat’ sekiranya mengupas bawang lebih-lebih lagi bawang merah kerana ia membuatkan mata pedih seolah-olah sedang menangis.

Selain itu, mengupas bawang juga boleh mengambil masa yang agak lama sekiranya kulit yang dikupas, keluar satu per satu. Perkara ini tentunya membuang waktu kerana terdapat pekerjaan lain yang perlu dilakukan pada masa yang sama.

Tahukah anda sebenarnnya terdapat cara mudah untuk membuang kulit bawang termasuk tidak perlu membuang air mata berharga anda.

Oleh itu, SK hari ini akan berkongsikan tip mengupas kulit bawang dengan mudah oleh pemilik TikTok @awangdapur di bawah.

BACA: “Awaklah Yang Selalu Pakai AI Muka Saya Tu?” Siti Nurhaliza Akhirnya Bertemu Abang Foodpanda

Tip Kupas Kulit Bawang Merah Dengan Pantas 

Menurut pemilik akaun TikTok bernama Awang itu, kebiasaannya kulit bawang merah yang dikupas akan mudah pecah (hancur) dan terkoyak.

Jadi, bagaimanakah cara untuk mengupas dengan lebih mudah?

Cara-caranya;

Pertama, letakkan bawang merah ke dalam bekas atau mangkuk. (Pastikan bekas yang digunakan tahan panas).

Gambar: TikTok @awangdapur

Kedua, tuangkan air panas ke dalam bekas bawang tadi dan biarkan ia selama beberapa minit. Pastikan bawang tenggelam di dalam air panas.

BACA JUGA: Cara Tanam Sendiri Bawang Merah Kecil, Daun Kuning Dah Boleh Tuai

Ketiga, ambil bawang dan mula kupas. Hiriskan pada bahagian atas dan bawah bawang. Seterusnya, kupas seperti biasa.

Gambar: TikTok @awangdapur

Anda akan perasan sewaktu mengupas bawang, kulit akan terkeluar hanya dengan sekali tarik (kupas) sahaja, tidak seperti sebelum ini yang mudah pecah.

Senang je kan? Semoga bermanfaat.

@awangdapur

Replying to @Sebuahnoktah Tips kupas bawang merah Siap! #awangdapur #barangdapur #resepi #tipsdapur #tipsmasak

♬ Chill Vibes – Tollan Kim

Sumber: TikTok @awangdapur

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"