Siakap Keli
bot nelayan karam
Gambar: Ibrahim Youssouf/AFP

Bot Nelayan Bawa 130 Orang Penumpang Karam, 91 Dilapor Maut

Bot Nelayan Bawa 130 Orang Penumpang Karam, 91 Dilapor Maut

Seramai 91 orang dilaporkan terkorban apabila sebuah bot nelayan yang dijadikan ‘feri sementara’ karam di luar pantai utara Mozambique pada Ahad, lapor AFP.

Pihak berkuasa tempatan berkata bot tersebut yang membawa kira-kira 130 orang penumpang menghadapi masalah ketika cuba pergi ke sebuah pulau di luar wilayah Nampula.

Difahamkan, bot itu sebenarnya tidak sesuai untuk membawa penumpang, terutama dalam jumlah tersebut.

BACA: Bot Karam Di Itali: Lebih 100 Orang Dikhuatiri Meninggal Dunia

“Oleh kerana bot itu terlalu sesak dan tidak sesuai untuk membawa penumpang, ia akhirnya karam. Terdapat 91 orang yang maut dalam kejadian ini, kebanyakan dari mangsa adalah kanak-kanak, ” kata Setiausaha Negara Nampula, Jaime Neto.

Tambahnya, pasukan penyiasat sedang berusaha untuk mengetahui punca kejadian tersebut.

Sementara itu, pasukan penyelamat telah menemui lima mangsa yang terselamat dan dua daripada lima mangsa itu sedang menerima rawatan di hospital.

Mereka juga masih lagi mencari mangsa-mangsa lain walaupun dalam keadaan laut yang menyukarkan operasi.

Mengulas lanjut, Neto berkata kebanyakan penumpang cuba melarikan diri dari tanah besar kerana panik yang disebabkan oleh maklumat salah mengenai taun.

Negara Afrika Selatan itu telah merekodkan hampir 15,000 kes penyakit bawaan air dan 32 kematian sejak Oktober, lapor AFP.

Nampula adalah wilayah yang paling teruk terjejas, menyumbang satu pertiga daripada semua kes.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, wilayah itu juga menerima kemasukan orang ramai yang melarikan diri daripada gelombang pemberontakan di utara Cabo Delgado.

BACA JUGA:“Mall” Jual Baju Raya Bawah RM300 Untuk 4 Sekeluarga, Top 5 Fesyen Tahun Ini Pun Ada

Sumber: AFP

Sofea

There's always another side to every story